Batu Caves : Sikap pembuangan sampah oleh pihak tidak bertanggungjawab ke kawasan yang dilarang diselar oleh ADUN Batu Caves, Amiruddin Shari.
Walaupun berbagai tindakan telah diambil oleh pihak berwajib dalam mengatasi isu sampah namun masih ada yang berdegil.
Terdahulu pembuangan sampah haram utama di sekitar Sungai Tua sehingga berlakunya kebakaran telah kita selesai dengan menutup kawasan tersebut. Mereka yang menceroboh kawasan larangan telahpun diambil tindakan undang-undang.
Masalah ini telah selesai sepenuhnya, namun kita kesal dalam usahaha kerajaan negeri Selangor menyelesaikan isu sampah masih ada pihak tidak bertanggungjawab telah cuba membuang sampah yang berbentuk barangan konkrit.
“Saya dapati terdapat banyak lori melalui kawasan Tanah Gantian dengan meninggalkan lori-lori haram di tepi laluan utama. Kita akan siasat lori tersebut”, katanya.
Menurut Amiruddin, pihaknya bersama Majlis Perbandaran Selayang, Ahli Majlis MPS akan ambil tindakan segera dengan mendapatkan maklumat penduduk kemasukan lori haram dengan membusang ampah konkrit di kawasan itu yang baru berlaku. Kontraktor yang bermasalah akan dikenakan tindakan undang-undang oleh pihak berwajib.
Beliau berkata, insya-allah dalam masa terdekat kita akan selesaikan masalah ini dengan mendapat kerjsama semua pihak. Besar harapan agar semua pihak dapat memberi kerjsama dengan kita. Aduan berserta maklumat waktu pembuangan sampah serta foto boleh di berikan kepada Pusat Khidmat Masyarakat DUN Batu Caves.
Hasil tinjaun dalam lori terbabit hanya bahan sisa konkrit, tiada masalah pembuangan sisa-sisa sampah yang mengeluarkan bau busuk sekaligus tidak disenangi penduduk.