Kenyataan media: Sementara rakyat Malaysia menunggu pembentangan Belanjawan 2013 oleh Perdana Menteri pada akhir bulan ini, Pakatan Rakyat dengan ini menuntut agar terdapat permantapan belanjawan berintegriti. Dalam “Open Budget Index 2010”, Malaysia terletak dalam kategori “Minimal Budget Transparency”. Langkah-langkah perlu diambil supaya situasi ini dapat ditambahbaik, iaitu menambahkan tahap independen, kebolehan dan kepakaran institusi-institusi belanjawan, dan juga membolehkan suara rakyat digunakan sebagai check and balance.
Pertama, Pakatan Rakyat menuntut agar sebuah Pejabat Belanjawan Parlimen yang tidak berpihak ditubuhkan. Pejabat ini sepatutnya objektif, menyediakan analisis dan maklumat ekonomi dan belanjawan kepada ahli-ahli parlimen supaya mereka dapat membuat keputusan kewangan penting, agar anggaran kos-kos dapat dibuat secara objektif. Perbicaraan awam belanjawan sepatutnya dilaksanakan oleh pejabat ini.
Kedua, kami menuntut agar pejabat Perbendaharaan sebagai badan neutral memberi maklumat belanjawan yang teliti kepada kedua-dua parti kerajaan dan pembangkang, dan menyediakan analisis menyeluruh tentang kos janji-janji pilihanraya kedua-dua Barisan Nasional dan Pakatan Rakyat. Pengundi-pengundi Malaysia akan dapat tahu impak kewangan janji-janji tersebut ke atas belanjawan negara.
Ketiga, mengikut amalan terbaik antarabangsa, sepatutnya ada laporan belanjawan tengah tahun yang disediakan oleh Perbendaharaan. Ini adalah penting agar terdapat laporan tambahan mengenai situasi kewangan kita.
Pakatan Rakyat menuntut agar terdapat kajian semula atas amalan kerajaan yang selalunya meluluskan belanjawan tambahan yang amat besar. Pada 2012, Belanjawan Kerajaan Persekutuan adalah RM232 bilion, sementara belanjawan tambahan adalah RM13.8 bilion. Belanjawan tambahan sepatutnya dikurangkan ataupun dihapuskan, agar menambahbaikkan tahap akauntabiliti.
Akhirnya, Pakatan Rakyat menuntut agar Jawatankuasa-jawatankuasa Belanjawan yang khusus dalam kementerian tertentu ditubuhkan. Ini memastikan debat belanjawan yang lebih mendalam dan lebih panjang masanya. Dalam sistem demokrasi berperlembagaan, ahli Parlimen dikehendaki memberi input dan pengawasan atas badan Eksekutif, atau kerajaan yang diketuai perdana menteri. Peranan ahli Parlimen telah semakin lama semakin dikurangkan, sebab kerajaan Barisan Nasional memfokuskan kuasa dalam perdana menteri dan kabinetnya. Jawatankuasa-jawatankuasa sepatutnya terdiri daripada ahli Parlimen kedua-dua kerajaan dan pembangkang, dan diberi peruntukan untuk mengadakan pegawai kajian. Kini, seluruh Dewan Rakyat mendebatkan belanjawan, tetapi kami mencadangkan Jawatankuasa-jawatankuasa yang akan menyelia beberapa Kementerian, iaitu:
1. Isu-isu Tempatan dan Antarabangsa
– Pejabat Perdana Menteri
– Kementerian Luar Negeri
– Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan
– Kementerian Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar
2. Ekonomi dan Kewangan
– Kementerian Kewangan
– Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri
– Kementerian Perdagangan dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan
– Kementerian Pelancongan
3. Keselamatan
– Kementerian Pertahanan
– Kementerian Dalam Negeri
4. Pendidikan, Bakat & Pekerjaan
– Kementerian Pelajaran
– Kementerian Pengajian Tinggi
– Kementerian Sumber Manusia
5. Perladangan dan Perusahaan Tempatan
– Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi
– Kementerian Perdagangan dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan
– Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah
6. Infrastruktur, Pengurusan Sumber dan Alam Sekitar
– Kementerian Kerja Raya
– Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar
– Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi
– Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air
7. Komuniti Berkebajikan
– Kementerian Pengangkutan
– Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan
– Kementerian Kesihatan
– Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat
– Kementerian Belia dan Sukan
Belanjawan negeri adalah dokumen paling penting yang dikeluarkan oleh kerajaan setiap tahun. Walaubagaimanapun, Pakatan Rakyat tidak yakin bahawa rakyat sekarang diberi maklumat sebenarnya tentang keadaan kewangan negara kita, di mana tiada sistem “checks and balances” yang mencukupi.
Terdapat banyak kes penyelewengan duit rakyat sejak akhir-akhir ini. Institusi-institusi independen dan kuat sepatutnya diadakan supaya situasi ini tidak berlaku lagi, agar tahap transparensi dan kebertanggungjawapan ditingkatkan lagi. Institusi-institusi ini membolehkan pengawasan teliti, pilihan dasar dan perkhidmatan yang lebih baik, akhirnya memastikan kerajaan menggunakan duit rakyat dengan berhemah.
Kenyataan Media ini dikeluarkan oleh Sekretariat Pakatan Rakyat