Oleh: Khaulah Azwar
Bandar baru Selayang – Edaran surat khabar Selangor Terkini didakwa terbitan Umno-BN yang telah tersebar luas di beberapa kawasan Negeri Selangor amat dikesali oleh rakyat.
Pada pandangan mereka penerbitan Akhbar Selangor Terkini menunjukkan Umno-BN seolah-olah tidak cukup untuk monopolikan semua media yang pro-pemerintah bagi menjatuhkan Kerajaan Pakatan Rakyat (PR).
Tindakan itu bukan sahaja melanggar Akta Mesin Cetak kerana akhbar terbabit tidak mendapat kelulusan Kementerian Dalam Negeri tetapi juga secara tidak sah menggunakan lambang kerajaan negeri dan memperdaya rakyat.
Bagi Yusni Baharuddin, 28, yang ditemui di Pusat Khidmat Masyarakat (PKM) DUN Taman Templer baru-baru ini tindakan Umno itu menunjukkan mereka semakin tidak popular di Selangor dan sanggup memalsukan media kerajaan negeri untuk kepentingan poilitik sempit
” Tindakan yang dibuat oleh Umno-BN ini merupakan satu tindakan yang sangat terdesak. Mereka menunjukkan imej yang tidak wajar kepada rakyat. Pengisian dalam akhbar ini juga penuh dengan fitnah dan cerita yang tidak ada kesahihannya. Kita harap rakyat boleh menilai isi kandungannya,” ujar beliau ketika menghantar borang permohonan keahlian PAS.
Tambahnya, “Kita rasa kesal dengan pemerintahan Kerajaan Umno-BN yang telah menunjukkan budaya cetak rompak kepada rakyat. Meskipun Perdana Menteri Malaysia (PM) Datuk Sri Najib sering menyatakan bahan cetak rompak yang dibuat akan dikenakan tindakan undang-undang namun mengapa kes ini terjadi dalam parti Umno-BN tetapi tidak pula diambil tindakan undang-undang oleh pihak berwajib.
“Di sini kita boleh menilai bahawa mereka berkata tidak serupa bikin. Sepatutnya perkara ini tidak seharusnya berlaku. Generasi muda pada masa ini boleh menilai pentadbiran pemerintajan kerajaan pada masa ini.
“Kita membaca semua akhbar, internet dan media-media lain bukan hanya satu akhbar saja. Dengan berbagai sumber yang kita dapat sedikit sebanyak kita boleh menilai pentadbiran manakah yang lebih tulus.
“Dengan berbagai isu yang timbul seperti dengan kenaikan harga barang, minyak dan lain-lain sehingga rakyat dibebankan dengan masalah ini. PM seharusnya memikirkan masalah rakyat yang berpendapatan rendah RM1,500 ke bawah, fakir miskin dan tidak berupaya,” bidasnya.
Jesteru itu, Yusni mencadangkan kepada pihak Kerajaan Pakatan Rakyat (PR) dan Penerbit Selangor kini agar menyaman penerbitan Selangor Terkini yang dikeluarkan oleh Umno-BN.
“Penerbitan ini tidak boleh dibiarkan begitu sahaja kerana ini memberi peluang kepada mereka untuk meneruskan kerja kotor mereka. Budaya menipu sudah menjadi satu kebiasaan mereka sehingga rakyat ditipu hidup-hidup.
“Walau bagaimanapun saya yakin rakyat kini bijak menilai. Mereka akan lihat pengisian yang terkandung dalam surat khabar Selangor Terkini UMNO-BN & Selangor Kini (PR),” jelasnya lagi.
Pengisian Selangor Terkini 100% menceritakan keburukan pentadbiran kerajaan PR. Manakala Selangor Kini milik Kerajaan PR pula menceritakan Pentadbiran Kerajaan Negeri dari semasa ke semasa dengan membantu rakyat.
Selain daripada itu Selangor kini membongkarkan segala masalah – masalah yang dihadapi oleh rakyat sekian lama semasa pemerintahan Umno-BN yang tidak dapat diatasi dengan baik
Sementara itu, Hj Baharuddin Syeikh Mohamad berusia 64 tahun berkata, “Saya merupakan ahli bekas Umno-BN. Selepas saya pencen dan pada tahun 1999 saya keluar UMNO apabila saya melihat kemelut yang berlaku dalam pentadbiran parti itu.
“Berbagai fitnah dilakukan terhadap Anwar. Budaya ‘chah keting’ ada dalam Umno-BN. Semasa saya mengikuti Mesyuarat Agong Umno, mereka semua telah menerima buku 50 dalil mengapa Anwar tidak boleh menjadi PM. Buku tersebut telah dimasukkan dalam beg peserta perwakilan mesyuarat Agong. Apabila saya membaca buku tersebut saya melihat banyak perkara yang terkandung dalam buku tersebut tidak ada sahihnya.
“Oleh itu, saya sarankan agar Kerajaan Negeri Selangor PR berhati-hati dengan edaran risalah yang dikeluarkan. Untuk mengawalnya memang sukar kerana Umno-BN mempunyai berbagai taktik kotor memastikan misi mereka tercapai untuk merampas Selangor kembali.
“Kepala Selagnor Kini (Header) boleh juga dibuat oleh Umno-BN walaupun pengisisannya lain. Cuma kita bimbang rakyat akan terpedaya dengan berita-berita bohong yang dibuat oleh BN yang tidak bermaruah,” kata Baharuddin.
Ujarnya lagi, “Saya ingin melihat kemenangan ISLAM. Dengan pentadbiran yang dibawa oleh Kerajaan PR pada masa ini cukup memberi kesedaran pada saya yang dahulu terleka berada didalam parti Umno. Tetapi saya bersyukur kepada Allah atas hidayah yang diberi untuk memilih parti yang lebih baik iaitu menerima parti PAS.
“Alhamdulilah sebelum mata saya tertutup kemenangan PR telah kita rasakan pada 2008. Menjadi satu nostalgia pada semua rakyat yang menanti kememangan ini. Walau bagaimanapun kita perlu bekerja keras untuk memastikan kemenangan dalam PRU ke 13 nanti. Jangan terleka dan merasa sangat selesa dengan apa yang kita kecapi pada hari ini. Musuh kita sentiasa memerhati gerak kerja kita,” ulasnya.
Faizatul Herda Azaman, Penolong Setiausaha Dewan Muslimat PAS Kawasan Selayang , berkata ,” Akhbar alternatif sudah banyak kali berhadapan dengan masalah penarikan lesen daripada KDN seandainya ada liputan yang menyetuh sensitiviti Umno. Sama ada Harakah, Siasah ataupun Suara Keadilan menggunakan saluran yang betul untuk menyalurkan maklumat kepada rakyat dengan mendapatkan lesen daripada KDN.
“Yang dipertikaikan bukan masalah takut kepada fitnah atau tidak, PR sangat yakin rakyat semakin matang menilai setiap sen yang dikembalikan oleh Kerajaan Negeri Selangor kepada rakyat. Malah, rakyat sudah bijak menyaring maklumat sebelum menelan setiap fitnah sebagaimana yang disebarkan di dalam ‘akhbar haram’ Selangor Terkini.
“Jika benar Selangor Terkini melaporkan berita yang telus, mengapa ia tidak mendapatkan lesen daripada KDN? Dan ia diedarkan secara berleluasa. Kita merasakan ada tangan-tangan ghaib yang melindungi Selangor Terkini sehingga ia boleh beredar dan diberi keistimewaan terbit’tanpa lesen,” katanya.