KUALA LUMPUR – Pos Malaysia Berhad akan mengeluarkan siri setem dan filateli khas sempena Jubli Intan Ratu Elizabeth II dan lawatan Diraja Duke dan Duchess of Cambridge ke Malaysia yang akan mula dijual kepada umum Khamis ini di semua cawangan pejabat pos seluruh Malaysia.
Ketua Bahagian Setem dan Filateli Pos Malaysia Yasmin Ramli berkata siri setem khas itu dikeluarkan dalam dua reka bentuk, mempamerkan gambar Ratu Elizabeth II dan gambar Putera William dan Kate Middleton dijual pada denominasi RM1.50 setiap satu.
“Setem kenangan ini begitu istimewa kerana menampilkan cetakan setem di dalam setem (gambar Ratu Elizabeth II) iaitu kami mencetak semula setem ketika awal pertabalannya yang dikeluarkan Pos Malaysia pada 1953 di atas setem yang baharu,” katanya kepada pemberita di sini. Tahun ini merupakan Jubli Intan Pemerintahan Ratu Elizabeth II yang merupakan ratu paling lama memerintah dalam Monarki British iaitu selama 60 tahun. – Petikan Bernama
KOMEN:
Aku tak paham…kita dah merdeka kan? Satu persoalan; adakah perlu kita berterima kasih kepada British kerana memerdekakan kita?
Yang paling pelik, cuba kau refer balik buku2 teks sejarah sekolah dulu, ada tak dalam buku tu masukkan sentimen membenci penjajah? Sentimen membenci komunis memang berlambak la. Nanti2 anak cucu kita punya buku sejarah pulak penuh sentimen membenci pihak pembangkang yang ada zaman kita ni.
Aku selalu terfikir ; adakah ada perjanjian sulit antara rombongan kemerdekaan dulu dengan kerajaan British pada masa itu yang masih diterima pakai sampai sekarang? Sebab kalau kau tanya orang biasa…kau peduli ke pasal Queen Elizabeth dan perkahwinan di Raja hari tu?
Orang2 macam aku akan jawab tak peduli. Buat apa aku nak peduli, kan Tapi cuba bukak mata sikit, adakah sebenarnya kita dipupuk untuk sayang British ni? Kita bangga kita anggota Komanwel, lagilah bangga bila kita jadi tuan rumah Sukan Komanwel, betul?
Dan itulah yang pelik pada aku. Musuh nombor satu negara (UMNO), Anwar Ibrahim..nombor dua, DAP, nombor 3..komunis. Tapi tak pernah pulak British dijadikan musuh. Political reason maybe? Sebab ada kepentingan gamaknya…