Batu Caves : Penduduk Kampung Laksamana Jalan 2 di sini berhadapan dengan masalah bau busuk ekoran pembinaan longkang yang dibina oleh Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU) tidak memenuhi spesifikasi menyebabkan air sering bertakung.
Menurut Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Caves, Amiruddin Shari projek di bawah Kerajaan Umno-BN itu telah dilaksanakan dua tahun lepas dan siap, namun masih terdapat kecacatan kerja yang dilaksanakan sehingga kawasan ini sering mengalami banjir teruk apabila musim hujan.
Katanya, masalah banjir yang dialami penduduk disini, telah saya usulkan kepada kerajan negeri.
“Alhamdulilah kerajaan negeri bersetuju bekerjasama dengan MARIS dengan memperuntukan sebanyak RM200 ribu bagi membantu menaiktaraf pembinaan longkang tersebut. Kerja naiktaraf parit telah dilaksanakan tahun lepas.
Begitu juga bagi kawasan jalan 1, 6, 4 dalam proses naiktaraf. Terdahulu kerja pembinaan longkang yang dibuat tidak ikut ukuran”.
Pembinaan longkang itu adalah bertujuan mengalirkan air dari setiap kawasan perumahan ke sungai berhampiran.
Namun katanya, pelaksanaan kerja yang tidak selaras oleh kontraktor terbabit yang dilantik kerajaan terdahulu mengakibatkan longkang tersebut berubah menjadi kolam takungan, pembiakan nyamuk aedes dan banjir, kata Amiruddin selepas lawatan turun padang ke kawasan Kampung Laksamana bersama wakil Jurutera Majlis Perbandaran Selayang (MPS), Ahli Majlis MPS Zon 13, Azizul Abu Bakar dan wakil Jawatankuasa penduduk.
Sementara itu, Jawatankuasa Penduduk, Krishnan a/l Chety pula berkata“asalnya kawasan itu mempunyai longkang kecil, kemudiannya mereka (Umno-BN) bina longkang baru.
Longkang baru berukuran 300 x 300 tidak mengikut spesikasi. Jadi mereka gunakan longkang sedia ada itu untuk sambung ke sungai”.
“Isunya ialah kontraktor buat longkang dari sungai tarik ke jalan menyebabkan longkang sedia ada menjadi tinggi (cetek) dan tidak bertemu apabila siap. Hal itu yang menyebabkan air mula bertakung dan sering berlaku banjir,” katanya.
Tambahnya, kesan daripada itu, nyamuk Aedes juga mula membiak dan memenuhi sekitar kawasan perumahan. Penduduk sering mengalami kerugian besar akibat banjir.
Malah katanya, penduduk telah mengadukan perkara tersebut kepada Pejabat Umno-BN, namun tidak dilayan hingga menyebabkan masalah itu berlarutan sehingga ke hari ini.
“Saya juga ada berhubung dengan MPS, tetapi mereka juga tidak boleh berbuat apa-apa kerana projek itu tidak merujuk kepada PBT dan pejabat daerah.
Kerja yang dilaksanakan kerajaan terdahulu seperti terbengkalai dan mengecewakan penduduk disini,” katanya lagi.
Namun perkara ini telah mendapat perhatian sewajarnya dariapada ADUN dan telah membawa isu ini kepada kerajaan negeri.
Pembinaan longkang yang dibuat berukuran 900 x 900 oleh MARIS akhirnya masalah yang dihadapi penduduk selesai.
Kita rasa puas hati apabila projek ICU yang terbengkalai dibawah kerajaan UMNO dapat diselesaikan dibawah pengurusan kerajaan Pakatan Rakyat, ujarnya.