Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) 2011 melaporkan Rangkaian Pengangkutan Integrasi Deras Sdn Bhd (RapidKL) mencatat kerugian terkumpul sehingga 31 Disember 2010 berjumlah RM293.82 juta.
“Prestasi kewangan RapidKL kurang memuaskan di mana syarikat mengalami kerugian pada 2008 dan 2010, walaupun mencatat keuntungan pada 2009.
“Bilangan bas sedia guna bagi empat model iaitu Dong Feng 120, Iveco, Dong Feng 75 dan King Long Suzhou hanya mencapai kurang 50% daripada keseluruhan bas sebenar,” jelasnya.
LKAN 2011 turut menegur kelemahan pengurusan dokumen kewangan serta kawalan dalaman sistem kutipan RapidKL yang kurang memuaskan, manakala peratus bas boleh beroperasi tidak mencapai 100%.
RapidKL ditubuhkan pada 26 Julai 2004 dengan modal berbayar RM300 juta. pada Jun 209, Syarikat Prasarana Negara Berhad (SPNB) mengambil alih RapidKL daripada Menteri Kewangan Incorporated dengan pegangan ekuiti 100%.
RapidKL juga adalah pengendali
sistem tren transit aliran Ampang dan kelana Jaya serta pengangkutan bas di Kuala Lumpur dan sebahagian Lembah Klang.