Projek pengakutan aliran transit massa (MRT) dari Sungai Buloh ke Kajang yang dijadualkan bermula pada tahun 2011 menimbulkan banyak persoalan mengenai keberkesanannya. Sebelum ini projek sistem keretapi komuter, LRT dan monorel masih gagal mengurangkan kesesakan lalu lintas di ibu negara Kuala Lumpur. Alasan mudah rakyat kekal menggunakan kereta kerana sistem pengangkutan itu tidak berintegrasi satu sama lain dan tidak ada bas ulang-alik ke destinasi komersial.
Masalah yang sama juga ditimbulkan oleh ahli parlimen Petaling Jaya Utara Tony Pua terhadap sistem MRT yang juga tidak berintegrasi dengan sistem pengangkutan lain sedia ada. Malangnya kritikan ke atas Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) yang tidak menerangkan secara terperinci mengenai pelan pengangkutan awam dijawab oleh pengerusi Pengagkutan Awam Darat Tan Sri Syed Hamid Albar sebagai percubaan mempolitikkan isu.
“Dalam kenyataan akhbar kelmarin Pengerusi Pengangkutan Awam Darat Syed Hamid Albar mendakwa saya cuba mempolitikkan sistem pengangkutan MRT yang menelan belanja RM46 bilion yang banyak menimbulkan persoalan kerana mengabaikan peranan bas awam .
“Sedangkan kritikan sebelum ini telah ditimbulkan oleh persatuan penduduk, NGO dan ahli perniagaan. Namun apabila parti pembangkang mengkritik isu yang sama BN mengenepikannya dan menagangapnya cubaan mempolitikkan isu.
“Saya minta SPAD menyediakan detail rancangan perkhidmatan bas untuk melengkapkan perkhidmatan MRT. Ini kerana mana-mana pengangkutan awam yang berjaya memerlukan sistem penggangkutan sokongan yang sempurna termasuk bas awam. Ia terbukti di Hong Kong dan Singapura yang sistem pengangkutan awamnya cekap maka penggunaan pengangkutan awam setinggi 90% dan 60 % tetapi di Lembah Kelang hanya 14%.
“engangkutan bas sahaja menyumbang 50% membawa penumpang di Hong Kong dan 62% di Singapura walaupun mereka mempunyai lain-lain sistem pengakutan yang canggih,”katanya yang juga Setiausaha Publisiti DAP.
Menurut Tony lagi, MRT Sungai Buloh-Kajang dianggarkan akan membawa 40,000 penumpang sejam pada satu arah. Bermakna perlu disediakan perkhidmatan bas awam tambahan untuk membawa 20,000 penumpang sejam bagi ‘mengisi’ ruang MRT.
“Apa yang paling penting SPAD mesti menyediakan perancangan bagaimana terminal bas akan berintegrasi dengan stesen MRT seperti di Hong Kong dan Singapura. Contohnya, di Singapura semua stesen di luar pusat perniagaan utama diintegrasikan dengan terminal bas untuk memastikan akses kepada penggangkutan awam yang mudah serta efisein di kawasan sub bandar. Tan Sri Syed Hamid hanya perlu melakukan lawatan singkat ke Singapura untuk mempelajari stesen sub bandar di Toa Payoh, Ang Mo Kio, Bradell, Yishun atau Woodlands untuk memahami betapa cekapnya sistem pengangkutan itu berintegrasi antara MRT dan bas awam,”katanya
Pada waktu ini kerajaan berjanji untuk menyediakan parking awam di stesen terpilih namun tidak diketahui wujud stesen MRT yang disertakan dengan terminal bas. Bagaimanapun di stesen bas yang sedia ada seperti Bandar Utama SPAD menjarakkan pula stesen MRT. Tanpa kajian terperinci tidak diketahui bagaimanakah SPAD akan melaksanakan sistem pengangkutan yang sempurna.
Dakwa Tony, projek MRT tersebut adalah ‘terburu-buru’ seolah-olah SPAD menyediakan projek untuk pihak berkepentingan tertentu seperti MMC-Gamuda tetapi gagal untuk memberikan penyelesaian berkesan pengangkutan awam kepada rakyat Malaysia seluruhnya.