Pusat Latihan Teknologi Tinggi (ADTEC) Jerantut, Pahang mengalami kelewatan pembinaan paling lama iaitu 706 hari atau 23 bulan, menurut Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) 2011.
“Empat ADTEC tidak dapat disiapkan dalam tempoh kontrak asal dan telah diluluskan antara satu hingga enam lanjutan masa melibatkan antara 90 hingga 706 hari.
“ADTEC Jerantut mengalami kelewatan paling lama, iaitu 706 hari,” jelas laporan tersebut.
LKAN 2011 turut menyatakan perolehan peralatan pembelajaran berjumlah RM228 juta diperuntukkan oleh Kementerian Kewangan secara runding terus.
Institusi di bawah Kementerian Sumber Manusia itu antara lapan pusat latihan yang dibina antara tahun 2009 hingga 2011.
“Prestasi perolehan peralatan pembelajaran kurang memuaskan. Kelewatan pelaksanaan, proses rundingan harga mengakibatkan peralatan tidak dapat dibekalkan sebaik bangunan siap.
“Terdapat kerja yang tidak mematuhi speseifikasi, tidak berkualiti dan tidak sesuai,” ulas laporan berkenaan.
(Visited 325 times, 1 visits today)