Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyelar tindakan Umno-BN menggunakan dasar pecah dan perintah untuk terus berkuasa dan membolot kekayaan negara ini
“Diktator memang suka laga dan takutkkan rakyat. Antara orang Melayu, Cina dan India, supaya mereka senang dan terus berkuasa. Sebab itu rakyat perlu bangkit tolak kezaliman.
“Kebangkitan rakyat ini bukannya kerana Anwar, tetapi atas kesedaran rakyat itu sendiri,” katanya dihadapan hampir 10,000 hadirin dalam ceramah Merdeka Rakyat peringkat negeri Pahang di Batu 11, Taman Mahkota Aman, Kuantan, 4 November lalu.
Turut hadir Ahli Parlimen Kuantan, Fuziah Salleh, Setiausaha Agung KEADILAN, Datuk Saifuddin Nasution, Pengerusi Majlis Pimpinan KEADILAN Pahang, Datuk Fauzi Abdul Rahman dan Ketua Cabang Temerloh Ahmad Nizam Abdul Hamid.
Merujuk Presiden Persatuan Ulama Sedunia, Dr Yusuf Al-Qardhawi dalam bukunya Thaurah Sha’ab, Anwar menjelaskan, istilah ‘Arab Spring’ itu perlu dimaknai semula, sesuai dengan zaman dan wilayah.
“Kerana ‘Arab Spring’ itu ‘musim’. Kita tidak bermusim. Kebangkitan ini adalah sebuah kesedaran baru,” jelas Anwar menekankan kepentingan anak muda senbagai peneraju perubahan.
“Kerajaan kata nak kuatkan ekonomi rakyat. Kuatkan ekonomi rakyat macam mana kalau pemimpin bolot permit teksi, kalau beli saham (syarikat arak) San Miguel? Haram pemimpin lakukan begitu,” tegas Anwar.
Beliau menegaskan, adalah malang kepada rakyat bawahan sekiranya berterusan ditipu dan menjadi pencacai mempertahankan pemimpin Umno-BN dan kroni mereka yang rasuah.
“Mereka tabur BR1M (Bantuan Rakyat 1 Malaysia), seolah subsidi untuk rakyat miskin. Orang kaya-raya kononnya tak dapat. Ini tak betul.
“Walhal, kerajaan bantu tauke-tauke dengan beli (saham) bila mereka tahu Pakatan Rakyat akan menang. Mereka jual semua (dengan harga tinggi).
“Ananda Krishnan (Tanjong Energy Holdings Sdn Bhd) jual RM8.5 blion. Genting Sanyen RM1.9 bilion. Bila tamat perjanjian IPP? (Penerbit Tenaga Bebas), tiga tahun lagi. Sebab itu bila kita menang. kita mahu buat balik perjanjian,” tegasnya.