Jualan ‘biskut telinga cap Adnan’ akan dibuat di Markaz Pas Chegar Mendang, Bentong sempena konvoi Himpunan Hijau dari Kuala Lumpur ke Kuantan pada 31 Disember 2012
“Kita akan buat jualan ‘biskut telinga cap Adnan’,,” kata Pengerusi Himpunan Hijau, Wong Tack kepada pemberita pada sidang media di Dewan Perhimpunan Cina KL-Selangor, hari ini.
Pada 30 November lalu, Menteri Besar Pahang, Adnan Yaakob berkata, beliau sanggup memotong telinganya dan terjun Sungai Pahang kerana yakin isu Lynas tidak menjejaskan peluang BN menang di negeri itu.
Terdahulu, Wong Tack memaklumkan, konvoi ‘Protes Anti-Lynas dari Kuala Lumpur ke Kuantan’ bermula pada hari Isnin, 31 Disember 2012 jam 8 pagii di Markaz Pas Taman Melewar, Gombak.
“Konvoi akan jejak kembali laluan Langkah Hijau dari Kuantan ke Kuala Lumpur. Jika kita bermula dengan 10 biji kereta di Kuala Lumpur, kita jangka ribuan kenderaan akan bersama kita di Kuantan.
“Lynas dan rejim yang korup tak pedulikan bantahan rakyat. Rakyat marah dan keliru demgan kenyataan tak bertanggungjawab dan mengelirukan para menteri dan Lynas,” katanya.
Dalam pada itu tegasnya, konvoi tersebut merupakan tindakan pertama ‘blockade’ (pengingkaran) dalam tempoh 100 hari dengan sebuah ‘kem’ akan ditempatkan di Balok, Kuantan.
“Kem dalam mood bersedia. Ada banyak program akan dibuat. Kita akan maklumkan dari semasa ke semasa.
“Dalam 100 hari rakyat akan lakukan pelbagai perkara untuk menghalang Lynas dan rejim yang korup dari kembali ke Putrajaya,” tegasnya.