NGO ANAK berpuashati dengan sambutan warga Felda di kesemua kawasan Felda yang dilawati sebermula Kapayang di Bera, Kg Awah di Maran, Felda Jengka samada dalam parlimen Temerloh, Kerdau dan Jerantut. Turut mengiringi Kembara Oren peringkat negeri Pahang ialah Pesuruhjaya PAS Pahang yang juga Ketua Penerangan PAS Pusat Dato Tuan Ibrahim Tuan Man, AJk PAS Pusat merangkap Pengerusi ANAK Kebangsaan Mazlan Aliman, Timbalan Peseuruhjaya PAS Pahang, Dr Hamzah Jaaffar, Ketua Penerangan PAS Pahang Suhaimi Saad dan beberapa pimpinan PAS di semua peringkat.
Keberkesanan kempen ANAK membela peneroka terutama untuk generasi ke 2 Felda menyebabkan pihak Umno di felda-felda yang dilawati ketakutan dengan ‘merampas kuasa’ pengurusan Felda dengan mengadakan sekatan haram untuk menyekat kemaraan ANAK memasuki Felda termasuk Felda Jengka 21, Jengka 13 dan 12.
Pihak-pihak yang bimbang dengan perjuangan ANAK telah menggunakan Pengurus-pengurus Felda untuk melaksanakan arahan sekatan jalan di pintu-pintu masuk felda dengan memperalatkan RELA dan Belia Felda demi mengagalkan misi ANAK dan Kembara Oren menemui peneroka Felda.
Selepas beberapa rundingan dengan pihak RELA maka rombongan Kembara Oren dibenarkan melepasi sekatan haram tersebut dan seterusnya menunaikan solat Asar berjemaah serta menikmati jamuan yang disediakan oleh ANAK cawangan dalam Felda dan majlis ramah mesra bersama peneroka.