Peserta Himpunan Kebangkitan Rakyat dikehendaki mengikut kawasan berkumpul dan laluan yang disediakan oleh pihak penganjur yang telah dipersetujui bersama pasukan polis.
Pihak penganjur tidak akan bertanggungjawab sekiranya peserta berkumpul di tempat lain atau mengikut laluan lain dan menghadapi masalah dengan pihak keselamatan
Peserta hendaklah berkumpul di mana-mana tempat berkumpul seawall pukul 12, perarakan bermula jam 2 petang atau lebih awal. Peserta yang terlewat tiba dikehendaki bergerak ke arah stadium Merdeka. Pemimpin utama Pakatan Rakyat menanti di sana.
SEKIRANYA BERLAKU PERUBAHAN LOKASI UTAMA IAITU STADIUM MERDEKA PADA SAAT AKHIR. TEMPAT BERKUMPUL TETAP TIDAK BERUBAH!
Tempat berkumpul dan laluan yang ditetapkan:
1. Masjid Universiti Malaya, Jalan Pantai
– Dipimpin: Adam Adli, Safuan Anang, Nurul Izzah dll
2. Brickfields
– Group sosialis: Arutchelvam, Maria Chin, Zunar dll
3. KLCC
– Group Felda: Mazlan Aliman, Husam Musa, Teng Chang Kim dll
4. Jalan Sultan
– Group Warisan: Ishak Surin, Wong Tack, Ronnie Liu
5. Pasar Seni
– Dr Siri Maria, Teresa kok, Elizabeth Wong
6. Kelab Sultan Sulaiman , Kampung Baharu
– Group anak muda: AMK, SMM, Chegu Bard
7. Masjid Negara
– Azmin Ali, Khalid Samad, Mujahid Yusof Rawa