Bezakan antara rumah rakyat di Sarawak dengan mahligai kepunyaan keluarga Taib Mahmud? Apakah janji yang boleh dipercayai oleh rakyat Sarawak menjelang pilihanraya negeri akan datang? Kekayaan negeri tidak digih kepada seluruh rakyat. Ramai yang hidup kais pagi makan pagi.
Rakyat Sarawak perlu berubah demi kehidupan yang lebih baik. Jika rakyat di Asia Barat yang selama ini berdiam diri telah bangkit, apa yang ditunggu rakyat Sarawak, peti undi adalah jawapannya. Tumbangkan regim Taib dalam pilihan raya akan datang
Ketika Menteri Sarawak, Taib Mahmud dan Kroni pembalakannya mahu mengeluarkan masyarakat Rumah Panjang dari Tanah Adat mereka, Taib dan Kroninya akan menjanjikan pelbagai perkara.Mereka menjanjikan akan membawa kemajuan dan pembangunan buat masyarakat Rumah Panjang yang kebanyakkannya tidak menerima sebarang pampasan dari pengambil-alihan Tanah Adat milik mereka itu
Dan yang menerima pampasan pula nilainya amat kecil hanya cukup buat membeli beras jika dibandingkan dengan kayu yang berharga dan tanah milik mereka .
Namun begitu mereka gembira kerana telah dijanjikan oleh Taib Mahmud bahawa kehidupan mereka akan diubah mereka akan dibawa ke dalam dunia moden yang memiliki prasarana jalanraya, bekalan air bersih, bekalan elektrik, Sekolah, Rumah Sakit, Institusi Pengajian Tinggi dan juga pekerjaan.
Tetapi kini 30 tahun telah berlalu, apa yang kita saksikan? Umum tahu bahawa Taib dan Kroninya telah menebang Satu setengah juta Kilometer persegi kayu-kayu balak dari hutan yang menjadi tanah adat masyarakat pribumi di Sarawak yang berharga berbillion dollar US.Biarpun hutan-hutan ini telah disahkan oleh Mahkamah sebagai hak masyarakat pribumi.. tetapi.. apa yang jelas sekarang ialah masyarakat pribumi yang memiliki kekayaan hutan itu sekarang lebih miskin dari dulu..
Kemana perginya kekayaan yang sepatutnya menjadi milik mereka itu??