Ketua Angkatan Muda KEADLAN (AMK), Shamsul Iskandar berkata, berbanding Malaysia polis di negara-negara maju tidak perlu mengerah ribuan anggota semata-mata untuk menjaga himpunan.
“Berbanding Malaysia, kita jauh ketingalan. Di negara maju, Polis boleh rehat. Hanya tangkap pengacau ,” kata Shamsul di hadapan hampir 2,000 hadirin pada malam kemuncak Himpunan Kebangkitan Rakyat KL112 di Taman Medan, 11 Januari lalu.
Kata Shamsul perubahan sikap PRDM terhadap himpunan KL112 membuktikan pasukan polis sudah ‘menyebelahi’ Pakatan Rakyat.
“Siapa sangka FRU tak dikeluarkan. Tak pernah sebelum ini. Tapi, masalahnya ajaran Umno-BN yang tak matang berpolitik.
“Kemudian media arus perdana (dikuasai mereka) pula gelar KL112 himpunan haram. Ini usu lama. BN Bankrap idea,,” katanya.
Dalam pada itu kata Shamsul, kenyataan Najib Razak kebelakangan ini menunjukkan dirinya tidak yakin lagi menjadi Perdana Menteri.
“Minggu lalu, Najib rasmikan 10 ribu tiket percuma Air Asia ke Sabah dan Sarawak. Ia sempena perasmian (terminal) lapangan terbang KLIA 2. Najib kata, tiket percuma itu hanya diteruskan kalau dia masih dalam kedudukan ini (Perdana Menteri).
“Ini petanda akan berlaku perubahan. Najib tak yakin pada dirinya sendiri
Sementara itu, Ketua Pemuda DAPSY, Teo Kok Seong dengan nada sinis menyelar ‘TV 3/4’ dan Rehat Tunggu Mati (RTM).
“Tak habis-habis kata kita dibayar untuk turun KL112. Adakah kita dibayar?, soal Teo disambut teriakan ‘tidak’ oleh hadirin.
“Sekarang tak boleh tipu. Kita ada Facebook dan media sosial. Kita ‘update’ apa kita buat. Kita boleh tulis yang kita datang KL112 tak dibayar.
“Sekarang ini pun kawan-kawan saya sibuk ‘update’ (kemaskini) status di stesen KTM Seremban dan KLIA. Semua nak ke KL112,” kata Teo disambut tepukan gemuruh hadirin.
Dalam pada itu, Ketua Pemuda Pas, Nasruddin Hasan Tantawi menegaskan, KL112 adalah pelengkap kepada seluruh himpunan rakyat di Malaysia.
“Bersiri-siri penyelewengan dan kerakusan Umno-BN didedahkan. Himpunan Kebangkitan Rakyat KL112 adalah kesatuan kekuatan rakyat. Pilihan raya umum ke-13 adalah masa untuk kita lakukan perubahan,” katanya.