Ramai bekas anggota tentera yang masih tinggal di rumah sewa dan tidak mampu mempunyai kediaman sendiri, menurut Timbalan Pengerusi NGO Pahlawan, Mustafa Ghazanfar
“Dalam TV, akhbar kita selalu baca laporan betapa sukarnya hidup pesara tentera. Ini kerana kerajaan langsung tak menunjukkan rasa kasih sayang kepada mereka,” kata Mustafa .
Beliau mempersoalkan program Membaik Pulih dan Membina Rumah Veteran 1Malaysia oleh Kor Jurutera Diraja dengan peruntukan dari Unit Penyelarasan Perlaksanaan (ICU) yang sangat terhad.
Program tersebut menyasarkan 50 buah rumah dibina atau dibaik pulih bagi tahun 2012 manakala 100 buah rumah tahun ini.
“Masalah rumah ini ialah tanda kepada seluruh masalah kebajikan bekas anggota tentera. Ketika dalam perkhidmatan, anggota tentera sudah menberikan seluruh jiwa raganya kepada negara
“Maka selepas bersara, negaralah yang perlu membalasnya,” katanya yang pernah berkhidmat di Kor Artileri Diraja yang berkhidmat lebih 15 tahun itu.
Program Membaik Pulih dan Membina Rumah Veteran merupakan salah satu dari program Pengiktirafan Veteran 1Malaysia (1MVRP) yang dilancar kerajaan pada 14 Disember 2012.