Penulis buku kontroversi ‘BLACK ROSE’, Deepak Jaikishan, yang juga saksi penting dalam beberapa kes ‘top secret’ melibatkan Perdana Menteri Malaysia bakal melancarkan buku kedua ‘BLACK ROSE 2.0: BLACK MAGIC WOMAN’.
Intipati utama buku tersebut mendedahkan obsesi wanita nombor satu negara, Datin Sri Rosmah Mansur terhadap pengamalan sihir. Beliau didakwa menggunakan sihir bagi menundukkan suaminya, Datuk Sri Najib Tun Razak.
Deepak bakal menampilkan bukti mendakwa Rosmah dan Najib menggunakan khidmat bomoh dari Kelantan terhadap musuh politik mereka dalam buku setebal 47 muka surat itu.
“Saya akan tunjukkan gambar, nama, alamat, pembayaran dan ritual yang dilakukan,” katanya.
Sebelum ini, Deepak telah membawakan beberapa dokumen yang dilindungi di bawah Akta Rahsia Rasmi (OSA) kepada pemimpin PAS dalam sebuah sidang media khas bertarikh 6 Febuari.
Peguam, Asmuni Awi bersetuju menulis surat sokongan kepada peguam negara di bawah Seksyen 2 (b) Akta Perlindungan Saksi bagi membolehkan Deepak mendapat imunisasi dan mendedahkan lebih banyak bukti skandal melibatkan pemimpin tertinggi negara.
Semalam, Mantan Perdana Menteri, Tun Mahathir ditanya impak pendedahan demi pendedahan Deepak ini terhadap Pilihan Raya Umum 13 yang dijadualkan awal tahun ini berkata
“Masa jadi PM dulu pun mereka tuduh saya korup..tapi saya tak layan”
Mengulas kenyataan Mahathir yang meminta supaya Perdana Menteri tidak melayan provokasi yang ditimbulkannya, Deepak tetap optimis meneruskan usahanya.
“Mereka boleh tak pedulikan saya, tapi mereka tidak boleh menafikan kebenaran dan hukuman tuhan, saya simpati pada PM sebab ada isteri macam tu,” ujarnya.
Deepak menyatakan buku kedua itu bakal dilancarkan pada 16 Febuari melalui internet agar mudah diakses oleh semua rakyat termasuk rakyat Malaysia di luar negara kerana menurut beliau kebenaran adalah hak semua individu yang bergelar rakyat Malaysia.