Majoriti pengundi di seluruh daerah mengundi (PDM) di Malaysia termask Sabah dan Sarawak memperlihatkan gaya dan tanda-tanda ingin berubah dalam menentukan pemerintahan politik negara pada PRU 13 yang akan muncul pada bila-bila masa sahaja dari sekarang.
Senario tahun 1999 jelas kembali semula selepas Anwar dibebaskan dengan pra-kemenangan pada PRU 12 tahun 2008 lalu. Kali ini gabungan kaum yang besar dalam masyarakat majmuk Malaysia seperti Melayu, Cina, India dan juga pribumi orang Asal berjaya digarapkan dalam Pakatan Rakyat.
Walaupun media utama milik kerajaan samada elektronik ataupun akhbar perdana mereka tiap-tiap hari memaparkan berita negatif terhadap kejayaan Pakatan Rakyat namun dengan berkembangnya media alternatif dan juga alat komunikasi telah berjaya menangkis segala fitnah dan cerita rekaan BnUmno melalui media tersebut.
Jika diizinkan Allah dengan segala usaha jerih payah Pakatan Rakyat terkini maka hayat BNUmno yang sejak sekian lama menerajui pemerintahan persekutuan akan tersungkur dan bakal menerima akibat dab padah atas penyelewengan dan kemungkaran terhadap amanah rakyat selama lebih 55 tahun.
Beribu analisis dan ramalan telah dibuat oleh para pakar pro BnUmno ataupun bebas namun tetap tidak ditemui sebab-sebab yang menyokong kenapa BnUmno wajar terus diberi kepercayaan untuk menerajui Putrajaya ataupun Kuala Lumpur.
Bilangan kerusi parlimen yang bakal dimenangi oleh BNUmno tetap akan berkurangan dibawah 100 kerusi sahaja manakala Pakatan Rakyat bakal menerima tambahan kerusi dari 83 kerusi kepada 123 kerusi, itulah tanggapan dan kemahuan majoriti pengundi saluran 3 dan 4 nanti.