Temerloh: Kempen anti Lynas diteruskan. Kali ini dilakukan di pasar pagi Temerloh, Pahang. Kempen mengedar risalah itu diketuai A. Samad Said dan mereka bergerak sejauh 2 kilometer bertemu orang ramai .
Bermula jam 9 pagi, peserta seramai 50 orang bergerak memasuki perkarangan pasar dengan nyanyian lagu-lagu rakyat. Peserta kemudiannya berhenti di tapak letak kereta berhampiran pasar tersebut.
Mereka seterusnya melakonkan sebuah teater jalanan yang mengutuk kerajaan kerana sanggup menerima wang dan tidak menghargai generasi akan datang. Dalam teater tersebut juga kumpulan itu mengutuk kerajaan negeri Pahang yang dianggap korup membenarkan kilang Lynas beroperasi.
Mereka bergerak sepanjang 1 kilometer mengedar risalah kepada orang ramai sebelum bersurai.