Pengerusi Majlis Rundingan Keselamatan KEADILAN, Brig. Jen (B) Datuk Abdul Hadi Khattab tidak menolak kemungkinan pilihan raya umum ke-13 akan digantung di Sabah.
“Berdasarkan kepada senario semasa, saya tak tolak kemungkinan pilihan raya umum ke-13 akan digantung di Sabah,” katanya.
Hadi bersetuju dengan pandangan Barisan Nasional akan memetik ‘butang panik’ (panic button) dengan mencipta suasana tegang bagi merebut sentimen politik.
Hadi turut menjangkakan senario kedua, iaitu melewatkan tarikh pilihan raya secara maksimum ke bulan Jun 2013.
“Najib sendiri tak yakin Barisan Nasional mendapat kemenangan. Mereka hendak melemahkan Pakatan Rakyat dari segi semangat, keupayaan dan sumber kewangan,” katanya.
Hadi merujuk kenyataan Pesuruhjaya Suruhanjaya Pilihan Raya, Abdul Aziz Mohd Yusof bahawa PRU-13 tidak akan bertembung dengan Pameran Maritim dan Udara Antarabangsa Langkawi 2013 (LIMA 2013) yang diadakan pada 26 hingga 30 Mac ini.
Bahkan kata Aziz, kemungkinan SPR mengumumkan PRU-13 di akhir bulan Jun dengan Julai 2013 sebagai hari pengundian.
“Mereka ingin menjatuhkan moral. Ini (insiden pencerobohan Sabah) menjadi salah satu daripada hujah mereka untuk memanjangkan tempoh pembubaran.
“Tapi saya jangka ia takkan berlaku. Rakyat dah menyampah dengan Najib,” kata Hadi.
(Visited 87 times, 1 visits today)