Azlan Md Lazim berulang kali menegaskan bahawa fitnah liwat kedua adalah konspirasi politik yang dirancang Khairil Annas Jusoh, pegawai khas kepada Najib Razak.
“Kenyataan saya adalah jelas. Dalang dibelakang kes liwat dua adalah Khairil Anas Jusoh,” tegas Azlan pada sidang media di ibu pejabat KEADILAN 11 Mac lalu.
Pada 8 Mac, Azlan pada sidang media tertutup di sebuah aprtment di Taman Melati, Gombak mendedahkan, kenyataan-kenyataan media sebelum ini yang melibatkan beliau disahkan oleh Khairul Annas Jusoh sebelum beliau membacakannya.
“Saya Azlan Mohd Lazim (gambar) sesungguhnya percaya anak saya Saiful Bukhari telah dipergunakan oleh pihak-pihak tertentu yang tidak bertanggungjawab termasuk Khairil Annas Jusoh, pegawai khas kepada Perdana Menteri.
“Mereka inilah merupakan dalang kepada semua fitnah liwat yang dilakukan terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim yang melibatkan anak saya.
“Segalanya dirancang dengan begitu rapi oleh Khairil Annas Jusoh. Ia dilakukan dengan begitu terancang sekali,” kata Azlan.
Khairul Annas Jusoh ialah Pegawai Khas Najib yang ditemui Saiful Bukhari Azlan di Jabatan Perdana Menteri untuk memohon biasiswa, sedangkan Saiful dibuang dari Universiti Tenaga Nasional kerana ‘pointer’ yang rendah (1.80)
Khairul Annas yang merupakan Pengarah Bahagian Dasar dan Penyelidikan di Pejabat Perdana Menteri telah beberapa kali bertemu Saiful bersama suami Najib, Rosmah Mansor.