Hassnar Ebrahim, bekas Ketua Daerah Sandakan, Sabah mendedahkan bahawa beliau menandatangani berpuluh ribu borang kosong HNR3, sebuah dokumen pengesahan kelahiran yang membolehkan seseorang mendapat kad pengenalan.
Hassnar mendedahkan, lebih 125,000 kad pengenalan dikeluarkan kepada pendatang haram di Sabah antara April 1976 hingga April 1984.
Katanya, walaupun baru tiga hari dilantik menjadi Ketua Daerah pada 1982, beliau telah diarah menandatangani 500 borang HNR3.
“Borang HNR3 adalah dokumen sah. Sesiapa yang membawa borang ini ke Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) untuk didaftar seagai surat lahir (beranak)
“Itu pertama kali saya terlibat dalam projek IC tanpa saya sedari,” katanya pada ‘Kisah dari Lahad Datu, Siapa Pengkhianat Sebenar? di Dewan Perhimpunan Cina KL-Selangor, 18 Mac lalu.
Hassnar mengakui menandatangani borang tersebut tanpa mengetahui nama dan butiran yang akan diisii.
Borang pendaftaran diterima dari ketua-ketua kampung yang kemudiannya diserahkan kepada pegawai daerah untuk diproses.
Tambah Hassnar peperangan di Jolo, selatan Filipina diambil kesempatan oleh Barisan Nasional dengan mendaftarkan pilihan ribu pelarian menjadi warganegara Malaysia dengan menggunakan borang HNR3.
Hassnar Ebrahim @ Assainar pernah ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri pada 1988 selama dua bulan dan kemudiannya tahanan dalam rumah selama dua tahun di Sandakan bermula 6 September 1998.