Hassnar mendedahkan beliau menerima arahan langsung bagi projek IC dari Menteri Dalam Negeri ketika itu, Datuk Seri Megat Junid Megat Ayub.
“Apa-apa yang terjadi, kamu hubungi saya,” kata Hassnar merujuk jaminan Megat Junid dan memberikannya empat talian telefon khusus untuk tujuan tersebut.
Kata Hassnar, Megat Junid mengarahkannya memanggil pengarah JPN Kota Kinabalu, Haji Sani dan pengarah Jabatan Imigresen Sabah, Dusmi Ibrahim untuk datang ke Kuala Lumpur.
Kata Hassnar, kedua pegawai tersebut tidak bersetuju dengan projek tersebut kerana bimbang penerima projek IC akan ‘memakan kembali’ kerajaan Malaysia.
Kata Hassnar, Megat Junid memberitahunya projek IC tersebut diluluskan oleh Dr Mahathir melibatkan 15 pegawai tertinggi keselamatan negara termasuk polis, tentera dan sekumpulan digelar ‘M6’ yang terlibat.
Malah Ketua Pengarah Imigresen, Timbalan Ketua Pengarah Jabatan Pendaftaran Negara turut terlibat dengan kos operasi dianggar berjumlah lebih RM2 juta.
“Dalam mesyurat itu, Megat Junid berkata, projek IC ini diluluskan oleh Dr Mahathir, kata Hassnar memaklumkan mesyuarat turut diadakan di pejabat Jabatan Perdana Menteri.