Datuk Sri Najib Tun Razak cuba mengecapi nikmat kuasa sebagai Perdana Menteri Malaysia hingga talian hayatnya berakhir sebelum DUN Johor bubar secara otomatik pada 21 Mac 2013. Amat memalukan jika Najib masih kekal sebagai PM jika sebuah negeri telah diisytihar bubar oleh SPR.
Maka atas pertimbangan itu, Najib dinasihat untuk membubar Dewan Rakyat selewat-lewatnya pada 20hb Mac 2013 iaitu 12 jam sebelum tempuh kerajaan BN Johor tamat tempoh penggalnya.
Pada hakikatnya Najib telah cuba melengah-lengah pengumuman pembubaran parlimen dengan pelbagai helah. Dia cuba ‘every tricks in the political books’ untuk tidak bubarkan parlimen termasuk menjadikan insiden Lahad Datu sebagai alasan darurat.
Walaubagaimanapun, setelah pengerusi SPR membuat kenyataan bahawa pilihan raya boleh diadakan serentak kecuali beberapa kawasan yang terlibat sahaja boleh ditangguhkan, menyebabkan Najib tiada pilihan.
Bila keluar video terbaru mengenai Anwar Ibrahim, maka itu tandanya Najib sudah yakin rakyat telah bersedia untuk kembali kepada BN.
Sehingga berita ini ditulis, laman web, blog, twitter dan facebook penyokong BN dan PR telah memuatnaik pelbagai berita mengenai pembubaran parlimen. Seawalnya selepas selesai mesyuarat kabinet terakhir pada tengah hari nanti. Atau pun pada petang sebelum jam 5.00