PERINGATAN BUAT BAKAL-BAKAL YB BARU
Walaupun tidak ada perkara gaya hidup Yang Berhormat dalam manisfesto Pakatan Rakyat akan tetapi hal sebegini bukan remeh atau gampang untuk tidak dipedulikan.
Apa yang sedang berlaku ialah rakyat kebanyakannya amat jengkel dan jelak dengan cara dan gaya hidup Yang Berhormat dari kalangan BN dan Umno.
Oleh yang demikian kepada semua bakal-bakal YB baru nanti ujian pertama buat mereka setelah mendapat kuasa sebagai pemerintah baru mengantikan Bn dan Umno adalah melaksanakan kelainan dan pembaharuan yang sangat berbeza dengan yang terdahulu.
Hal ini disebutkan kerana dalam banyak pihak ghairah memikirkan bakal kemenangan yang akan didambakan kebanyakan para ahli politik dan seangkatan dengan mereka terlupa terhadap etiket atau peranan mereka nanti untuk membawa perubahan dalam pemerintahan baru nanti.
Rakyat tidak mempertikaikan apa pakaian yang mereka akan pakai asalkan sesuai dengan agama dan amalan budaya mereka seperti biasa dan begitu juga rakyat tidak kisah jika mereka mampu berbelanja dengan sepatutnya.
Tetapi rakyat mahu melihat betapa mudahnya YB melayani rakyat dan memenuhi apa-apa keperluan mereka dengan tatacara yang telah sedia ditetapkan dan sesuai dengan pemerintah baru nanti.
Selain pemerintah baru tidak sesekali melupai untuk melaksanakan pelbagai janji dalam manifesto mereka adalah dipihak rakyat sangat menginginkan agar kerajaan baru nanti benar-benar sekurang-kurang paling tidak adalah mencontohi kerajaan Kelantan yang bertahan sehingga kini 23 tahun.
Ketelusan dan keikhlasan kerajaan sepertimana pimpinan YAB Menteri Besar Kelantan menjadikan ikon rakyat Malaysia sekaligus menjadi pencetus ibu segala perubahan dan kesedaran rakyat Malaysia sejak kes fitnah liwat Dato Seri Anwar Ibrahim sehingga kini maka banyak perubahan telah berlaku.
Sebaliknya jika kerajaan baru mudah lupa, terlupa, tidak ingat dan lupa daratan serta meninggi diri dan sombong maka terima lah akibatnya nanti.