Dewan Pemuda PAS Negeri Perak berkeyakinan calon pengganti bagi kerusi yang akan dipertaruhkan oleh DAP di Parlimen Kawasan Ipoh Timor nanti yang kini disandang oleh Lim Kit Siang, Penasihat DAP Malaysia adalah setanding dan mampu memberikan kemenangan bagi kerusi tersebut.
Timbalan Ketua, Dewan Pemuda PAS Negeri Perak Dr Raja Ahmad Iskandar Al Hiss mencadangkan agar kerusi tersebut diberikan kepada mana-mana kepimpinan utama DAP dan antaranya ialah Karpal Singh selaku Pengerusi DAP Malaysia kerana kemenangan beliau nanti memberikan makna yang amat bernilai kepada DAP.
“Kami akan bersama-sama kepimpinan DASY dan AMK akan berusaha sedaya upaya agar Parlimen Ipoh Timor sekali lagi mencapai kemenangan pada PRU 13 ini nanti.
“Bagi kami, Karpal adalah tokoh yang berwibawa dan mampu meneruskan tugas yang akan ditinggalkan oleh Kit Siang yang akan bertanding di Parlimen Kawasan Gelang Patah pada PRU 13 nanti, sudah tentu kehadiran Karpal memberikan suntukan yang lebih bermakna buat PR Perak khasnya bagi memberikan suntikan bagi mengembalikan ‘kuasa rakyat’ yang telah dirampas secara jahat pada Februari 2009 yang lalu,” katanya dalam satu kenyataan.