Lagu ‘Pasti Kau Ingin” dari kumpulan Exist ciptaan Jay D dan lirik Musrad atau nama sebenarnya Musa Radhi yang memaparkan graffiti Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim kini boleh ditonton melalui Youtube.
Dalam masa kurang 12 jam, video yang mula dilancarkan pada 1 April 2013 kini dilayari dan dikongsi semula di Facebook oleh lebih 12,000 penonton Youtube dan jumlahnya terus meningkat.
Video berdurasi 4 minit 6 saat disusun melalui satu naratif dengan empat plot terpisah memaparkan kugiran di dalam studio, remaja perempuan yang bertengkar dengan gurunya di dalam kelas dan lelaki muda di pejabat yang kelihatan tertekan.
Difahamkan, video klip tersebut adalah arahan Johan, pengendali laman facebook ‘Malaysian Gags’ dan diterbitkan dengan kerjasama staf pejabat Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Di babak akhir video menunjukkan seorang anak muda di jalanan menyembur spray ke diinding menggunakan kaedah ‘stensil’ dengan paparan imej Anwar Ibrahim dan perkataan ‘We Want, We Need’ (Kami Mahu, Kami Perlu)
Meskipun bermodalkan RM3, 000 sahaja, namun video tersebut berjaya dihasilkan dengan kualiti definisi tinggi (HD)
Video klip ‘Pasti Kau Ingin” boleh dilayari disini. https://www.youtube.com/watch?v=i9d3nHvS9Ys