Pesuruhjaya PAS Pahang, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man mededahkan syarikat YP Maintenance Sdn Bhd yang baru dua hari didaftarkan mendapat kontrak menyelenggara jalan seluruh negeri Pahang selama tujuh tahun.
Carian di Suruhanjaya Syarikat Malaysia mendapati YP Maintenance dimiiki Johari Harun dan Syufina Yaakob didaftarkan pada 4 Februari 2013 bernombor 1033787.
Surat kelulusan kontrak tujuh tahun dari kerajaan Pahang kepada YP Maintenance diluluskan pada 6 Februari 2013.
“Syarikat itu dianugerah projek sebegitu besar pada usia 2 hari. Jelas salahguna kuasa dan cara merompak duit,” kata Tuan Ibrahim.
Menurut carian SSM, terdapat dua ahli lembaga pengarah syarikat iaitu Johari Harun (No KP: 700120-06-5739) beralamat di Janda Baik Syufina Yaakob (No KP 800912-02-5514) yang beralamat di Batu Caves.
Sebelum ini, Harakahdaily mendedahkan Majlis Mesyuarat Kerajaan negeri pada 6 Februari 2013 menganugerahkan kontrak berkenaan kepada YP Maintenance.
Kontrak tujuh tahun itu diketahui umum dengan kemunculan sepucuk surat ditandatangani Pengarah Kerja Raya Negeri Pahang Datuk Ir Haji Rosman Haji Yahya bertarikh 27 Februari 2013.
Satu tersebut mendedahkan Majlis Mesyuarat Kerajaan negeri pada 6 Februari 2013 menganugerahkan kontrak penyelenggaraan jalan negeri Pahang kepada sebuah syarikat selama tujuh tahun.
Surat yang ditandatangani Pengarah Kerja Raya Negeri Pahang Datuk Ir Haji Rosman Haji Yahya menyatakan kontrak tersebut diberikan kepada Syarikat YP Maintenance Sdn Bhd bermula 1 April 2013.
“Pembiayaannya adalah dari peruntukan Wang Amanah Penyenggaraan Jalan Negeri,” surat tersebut dipetik.
Surat tersebut ditujukan kepada Jurutera Daerah JKR Kuantan Temerloh, Jerantut, Pekan, Maran, Bentong, Rompin. Kuala Lipis, Cameron Highlands, Raub dan Bera
Tuan Ibrahim yang juga merupakan Ketua Penerangan Pas mempersoalkan mengapa YP Maintenance dipilih, manakala permohonan kontraktor lain dibatalkan
Surat tersebut mengarahkan sebarang rundingan yang belum dimuktamadkan dengan kontraktor lain perlu dibatalkan.
“Apakah YP Maintenance memenangi kontrak ini melalui tender terbuka? Mengapa Syarikat YP Maintenance dipilih. Apakah nasib bakal kontraktor jalan Kelas F dan peluang kerja anak tempatan?, soal Tuan Ibrahim.
Surat tersebut mengarahkan segala kerja undi dan sebut harga kategori ‘Jalan Raya Negeri Di Bawah JKR’ yang masih di peringkat tawaran dan belum disetuju terima kontraktor hendaklah dibatalkan.
“Walaubagaimanapun, kerja-kerja undi dan sebut harga yang telah disetujuterima oleh kontraktor boleh diteruskan sehingga siap,” tulis surat itu.
Tuan Ibrahim mempersoalkan sama ada YP Maintenance memenangi kontrak melalui tender terbuka dan butiran sebut harga YP Maintenance lebih rendah berbanding kontraktor lain.
Katanya, nilai kontrak tujuh tahun itu tidak pernah diumumkan dan bercanggah dengan amalan pembaharuan kontrak yang dibuat setiap tahun.
“Mengapa tujuh tahun, bukan diperbaharui setiap tahun? Jika YP Maintenance tidak dapat melaksanakan tugas kontrak, apakah kerajaan negeri mempunyai kuasa untuk mendenda dan membatalkan kontrak?, soalnya.
Tuan Ibrahim bimbang tindakan ini menambah hutang Pahang dan menjadi ‘SYABAS kedua’ apabila kerajaan negeri terpaksa menghabiskan berjuta ringgit tanpa mendapat kembali perkhidmatan yang sewajarnya.
“Kontrak ini menunjukkan bahawa kerajaan pimpinan Umno-BN membuat persiapan untuk tewas dengan menganugerahkan kontrak kerajaan kepada syarikat kroni untuk menjamin pendapatan mereka pada masa hadapan,” tambahnya.