Anak lelaki Dr Mahathir Mohamad, Mirzan, Menteri Wilayah & Kesejahteraan Bandar Raja Nong Chik dan Michael Chia, individu dikaitkan dengan Ketua Menteri Sabah, Musa Aman antara yang memiliki syarikat luar pesisir secara rahsia di Singapura dan British Virgin Islands (BVI)
Fail-fail diperoleh daripada Gabungan Antarabangsa Wartawan Penyiasatan (ICIJ) yang berpangkalan di Washington menunjukkan 1,500 rakyat Malaysia memiliki syarikat luar pesisir di Singapura yang digelar Switzerland baru – serta BVI, syura percukaian rendah.
Walaupun beberapa syarikat luar pesisir menjalankan urusniaga sah, difahamkan RM871.4 bilion (USD 352 bilion) wang gelap dialir keluar dalam 10 tahun seperti dianggar Global Financial Integrity (GFI), pemantau kewangan yang berpangkalan di Washington,
Pada 2010, GFI melaporkan hampir RM200 bilion wang gelap disalurkan keluar dari Malaysia.
Fail ICIJ itu mendedahkan rekod rahsia pemilikan syarikat luar pesisir oleh individu dan syarikat di lebih 170 negara.
Menurut ICIJ, jumlah fail dokumen itu 160 kali lebih banyak berbanding dengan dokumen rahsia Jabatan Negara Amerika Syarikat yang pernah dibocorkan laman WikiLeaks pada 2010.
Senarai ICIJ antara lain terdiri daripada golongan taikun, Ahli Parlimen, pesara politik, penjawat awam dan pasangannya, kerabat diraja, ahli perniagaan terkenal dan tidak terkenal, kongsi gelap, malah bekas ratu cantik.
(Visited 242 times, 1 visits today)