TEMERLOH: ‘Temerloh di Hati Kome’ adalah ‘tag’ yang digunakan calon PAS parlimen Temerloh Ustaz Nasruddin Hassan kerana ia membawa maksud ‘plural’ iaitu berbilang-bilang.
Berucap kepada penduduk Temerloh di Markaz Besar P 088 Temerloh, dekat sini beliau berkata penggunaan perkataan ‘kome’ bukan ‘koi’ dalam loghat Temerloh adalah lebih tepat kerana kerusi Temerloh adalah hak semua sedangkan perkataan ‘koi’ bermaksud ‘saya’ iaitu seorang sahaja.
“Temerloh Di Hati Kome’ katanya lebih mesra kepada semua pengundi dan orang ramai untuk menyokong PAS dengan semangat kekitaan,” ujarnya.
Parlimen Temerloh mempunyai tiga Dun iaitu Lancang, Mentakab dan Kuala Semantan. Ketiga-tiga parti komponen Pakatan Rakyat mempunyai Dun masing-masing iaitu Lancang (KeADILan), Mentakab (DAP) dan Kuala Semantan (PAS).
Dun Mentakab telah meletakkan calonya Tengku Zulpuri Shah Raja Puji 48, iaitu Timbalan pengerusi DAP Pahang sebagai calonya manakala Kuala Semantan kekal dipertahankan oleh Syed Hamid Syed Mohamad.
Dalam ucapan sama Nasruddin menolak kenyataan yang menyatakan mengundi PAS adalah haram oleh seorang Ulama pro Umno atas alasan kerana PAS mempunyai hubungan dengan DAP.
Katanya, jika atas alasan itu mengundi PAS haram adakah mengundi BN tidak haram kerana Umno mempunyai hubungan dengan MCA sebuah parti seratus peratus Cina lebih daripada DAP.
Katanya DAP membuktikan mereka adalah parti berbilang kaum dan dibuktikan dengan meletakkan calon Melayu di Raub dan Mentakab.
Nasruddin turut mengingatkan ahli supaya jangan terpengaruh dengan media yang menjadi alat propaganda Umno/BN.
BN, kata mahu Pakatan Rakyat berpecah belah bagi memudahkan mereka menang dan mentadbir negara kembali.
Katanya, persefakatan PAS, KeADILan dan DAP tidak akan memungkin BN menang dan itulah yang mereka perlu lakukan sehingga sanggup membuat fitnah yang tidak pernah difikirkan sebelum ini.
Turut berucap pada majlis itu ialah Tengku Zulpuri, beliau menjelas DAP bukanlah parti perkauman sebaliknya adalah parti pelbagai bangsa.
Beliau berkata, jawatan beliau didalam DAP bukan kerana dilantik sebaliknya dibuat melalui undian.
‘Kami didalam DAP mengamalkan Merit,” katanya.