BN telah mengumumkan calonya pada 15 April lalu dan bagi negeri Pahang BN tidak memperlihatkan satu ‘tranformasi’ sebagaimana diwar-warkan.
Ini bermakna tranformasi tidak akan berlaku sekiranya BN diberi mandat semula, kerana tiada perubahan besar yang berlaku apabila calon-calon lama BN terus dikekalkan.
Sebelum pengumuman dibuat, ramai percaya BN akan membuat perubahan besar sesuai dengan agenda tranformasi perdana menteri Najib Razak. Antara yang disebut-sebut ialah meletakkan rakan karib Najib, Jamaluddin Jarjis akan bertanding di Dewan Undangan Negeri (Dun) bagi membolehkanya mengambil alih tempat Adnan Yaakub sebagai menteri besar.
Adnan pula akan bertanding di parlimen Bera bagi membolehkanya ke parlimen untuk menjadi menjadi menteri pusat atau direhatkan.
Ramai yang percaya tranformasi politik BN akan berlaku memandangkan Adnan sudah sudah begitu lama menjadi MB dan wajarlah dia ganti oleh tokoh Umno yang lain.
Bagaimanapun agan-agan untuk melihat tranformasi tidak menjadi kenyataan apabila Adnan terus kekal di Pelangai dan pasti akan dilantik sebagai MB jika BN menang semula.
Perubahan hanya melibatkan pemimpin biasa dan dua anggota exco yang dicicirkan iaitu Mohd Sufri Abd Aziz dan Ishak Muhamad masing-masing diganti dengan Wan Kadri Mahusin di Bukit Ibam dan Ibrahim Ismail di Bebar.
BN turut mengekalkan orang lama yang pernah dikaitkan terlibat dengan ‘politk wang; iaitu Sahiruddin Moen di Dong dan Abdul Manan Ismail di Paya Besar.
Calon baru BN yang lain iaitu di Luit, Nurhidayah Shahaim, Chenor, Mohd Arifin Awang Ismail, Kuala Semantan Mohd Annuar Mat Yunus (juga pernah dikaitkan dengan politik wang), Peramu Jaya, Sheikh Mohd fauzii.
Terdapat sedikit perubahan bagi empat kawasan parlimen iaitu Cameroon Highland apabila BN membuang penyandangnya K Devasamy untuk memberi laluan kepada G.Palanivel manakala di Jerantut Ahmad Nazlan Idris menggantikan Tengku Azlan Sultan Abu Bakar dan di Kuantan Mohd Sufian Awang menggantikan Fu Ah Kiow.
Kesimpulanya tiada tranformasi akan berlaku jika BN diberi mandat kembali, tranformasi hanya akan berlaku seandainya rakyat memilih Pakatan Rakyat.
Pesurujjaya PAS Pahang Tuan Ibrahim berkata, beliau tidak melihat sebarang tranformasi akan berlaku jika BN terus berkuasa kerana MB akan kekal ditangan Adnan Yaakub.
Katanya tranformasi tidak akan berlaku kerana kepimpinan tidak berubah.
Justeru jika rakyat inginkan tranformasi mereka perlu memilih Pakatan Rakyat yang pasti akan mengenegahkan idea baru, gaya kepimpinan baru yang pastinya berbeza dengan Umno/BN yang sudah memerintah lebih 50 tahun lamanya.
Maka tidak hairan ada orang mengatakan Umno/BN Pahang “mandul’ kerana tidak berupaya membuat tranformasi politik.
Mahu Tranformsi Pakatan pilihlah Pakatan Rakyat.