Ahli Majlis Pimpinan Pusat KEADILAN, Elizabeth Wong mengingatkan seluruh rakyat Malaysia untuk membuat semakan pendaftaran di laman web Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) setiap hari sebelum menjelang hari pengundian 5 Mei depan.
“Kita tak tahu mungkiin mereka yang sudah mendaftar dipindahkan ke tempat lain. Atau pun mereka yang langsung tidak mendaftar, nama mereka digunakan oleh orang lain.
“Kita perlu membuat semakan setiap hari,” katanya merujuk tiga bekas pelajar universiti di Taiwan yang didaftarkan sebagai pengundi pos tanpa pengetahuan mereka.
Beliau menegaskan pendaftaran sebagai pengundi pos oleh penolong pendaftar melalui wakil parti yang politik dibuat tanpa pengetahuan individu adalah satu kesalahan.
“Mereka yang melakukan kesalahan mesti dihukum. Tidak boleh mencuri dan melakukan salah guna ke atas biodata orang lain,” tegasnya.
Justeru, Elizabeth menggalakkan orang ramai untuk membuat semakan dimana-mana bilik gerakan Pakatan Rakyat di seluruh negara lebih awal iaitu sebelum dan semasa hari pengundian.
Comments
(Visited 94 times, 1 visits today)