KEADILAN akan bertanding di Parlimen P 219 Miri, Sarawak, manakala DAP akan bertanding di parlimen P196 Stampin menurut Naib Presiden KEADILAN, Sivarasa Rasiah.
Justeru, katanya tidak ada sebarang persaingan tiga penjuru antara semua parti Pakatan Rakyat di seluruh Sabah dan Sarawak bagi pilihan raya umum ke-13.
“Ini adalah isyarat dan amaran kepada pimpinan Barisan Nasional bahawa Pakatan Rakyat serius dalam pilihan raya umum kali ini,” katanya kepada pemberita di ibu pejabat KEADILAN.
Sebelum ini difahamkan KEADILAN dan DAP masih berunding untuk menentukan calon yang bertanding di Parlimen Miri dan ia berjaya diselesakan hari ini.
Sivarasa turut memaklumkan, KEADILAN dan jentera di seluruh negara bersedia untuk berkempen memberi penerangan bersama Parti Tindakan Demokratik (DAP) sekiranya Pendaftar Pertubuhan (ROS) tidak menarik kembali notis pembatalan pengesahan Jawatankuasa Ekcekutif Pusat (CEC)
“Kita tidak bimbang. Faktanya jelas. Rakyat Malaysia berpengetahuan dan mereka tahu siapa calon Pakatan Rakyat dan Barisan Nasional.
“Tapi kita tetap akan meneruskan kempen penerangan,” katanya.