Wakil Sekretariat Pakatan yang dalam perjalanan untuk mendedahkan pengakuan pembuat video lucah fitnah ke atas Anwar Ibrahim ditahan di Bukit Kayu Hitam
Wakil Sekretariat Shabirimie Sidek dilapor ditahan bersama dua saksi yang terlibat menerbitkan video fitnah lucah terhadap pemimpin Pakatan Rakyat di kawasan sempadan Malaysia-Thailand di Bukit Kayu Hitam, semalam.
Calon Dewan Undangan Negeri N21 Sg Acheh, Pulau Pinang, Badrul Hisham Shaharin atau CheguBard memaklumkan kepada Keadilandaily, tangkapan dibuat selepas Shabrimie dan dua saksi itu sudah melepasi pemeriksaan imigresen di Bukit Kayu Hitam.
“Ini adalah tangkapan yang bermotif politik,” kata CheguBard
Menurut Chegubard, dua saksi tersebut bakal tampil di program KEADILAN di An-Nahdhoh, Kubang Semang, Permatang Pauh dan akan membuat pendedahan terbuka berhubung penglibatan mereka semalam.