TEMERLOH: Kesemua 21 orang calon Dewan Undangan Negeri (Dun) dan enam calon parlimen dari PAS yang mewakili Pakatan Rakyat akan berentap dengan lawan di kawasan masing-masing setelah berjaya mengesahkan penyertaaan dalam PRU ke13, 5 Meli nanti.
Dun yang diwakili PAS ialah, N2 Jelai, N3 Pdg Tengku, N8 Dong, N9 Tahan, N11 Pulau Tawar, N12, Beserah, N15 Tanjung Lumpur, N16 Inderapura, N17 Sungai Lembing, N18 Pancing, N20 Pulau Manis, N21 Peramu Jaya, N24Luit, N26, Cenur, N28 Kerdau, N29 jengka, N32 Kuala Semantan, N36 Pelangai, N37 Guai, N40 Bkt Ibam dan N41 Tioman.
Enam Kerusi parlimen di tandingi PAS ialah P79 Lipis, P81 Jerantut, P 86 Maran, P87 Kuala Krau, P88 Temerloh, dan P 91 Rompin.
Manakala rakan dalam Pakatan Rakyat KeADIlan pula bertanding 14 Kerusi Dun dan lima parlimen ialah P82, Indera Mahkota, P83 Kuantan, P 84 Paya Besar P85 Pekan dan P90 Bera.
Kerusi Dun yang di tandingi KeADILan ialah N 4, Ceka, N5 Benta, N6 Batu Talam, N10 Damak, N 13 Semambu, N14 Teruntum, N19 Lepar, N22 Bebar, N23 Cini, N25 Kuala Sentul, N27 Jenderak N31 lancang, N 39 Kemayan, N 41 Muazam Shah.
Satu lagi rakan komponen Pakatan Rakyat, DAP meletakkan calon dia tiga kerusi parlimen dan tujuh Dun iaitu P 78 Cameron Highland, P 80 Raub dan P89 Bentong.
Kerusi Dun yang ditandingi DAP ialah N 1 Tanah Rata, N 7 Tras, N30 Mentakab, N33 Bilut, N 34 Ketari dan N35 Sabai dan N38 Triang.
Dua dari tiga pemimpin utama Pakatan Rakyat bertanding kerusi Dun iaitu Tuan Ibrahim Tuan Man bertanding di kerusi N 29 Jengka yang pernah diwakilinya pada tahun 1999- 2004, manakala Pengerusi DAP Pahang Leong Ngah Ngah beralih arah ke kerusi N 1, Tanah Rata.
Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri KeADILan, Dato’ Fauzi Abdul Rahman bertanding di kerusi parlimen P 82 Indera Mahkota yang dianggap kerusi selamat bagi membolehkanya ke parlimen.
Leong Ngah Ngah meninggalkan kerusi N 38 Triang yang dikuasainya selama lima penggal kepada pendatang baru yang juga anaknya Leong Yu Man adalah satu percubaan berani DAP.
Dalam pilihan kali ini terdapat 13 calon bebas bertanding dalam PRU kali ini iaitu di Dun Tanah Rata (2), Jelai (1), Damak (2), Semambu (1), Peramu jaya (1), Luit (1), Jenderak (1), Parlimen Lipis (1), Indera Mahkota (1), Paya Besar (1) dan Bera (1).
Kebanyakan calon bebas ini adalah individu yang merasakan diri mereka disisih oleh parti dan tidak puas hati dengan keputusan parti memilih calon dari rakan kompunen dan seorang daripada calon bebas itu adalah seorang blonger iaitu Cucu Mat Kilau (CMK) atau nama sebenar Mohd Shukri Ramly.
Bagi Pakatan Rakyat khususnya PAS PRU kali ini adalah medan terbaik untuk ke Wisma Sri Pahang dan membantu Pakatan Rakyat ke Putra Jaya.
Pesuruhjaya PAS Pahang, Dato; Tuan Ibrahim Tuan Man selalu menegaskan bahawa perjuangan Pakatan Rakyat ialah untuk menumbangkan BN, Justeru isu lain tidak sepatutnya diperbesarkan kerana ia akan merencatkan matlamat utama untuk ke Putra Jaya.
Hasrat Pakatan Rakyat ialah fokos menentang BN satu lawan satu tidak tercapai 100 peratus tetapi ketiadaan pertarungan sesama parti kompinen seperti berlaku di negeri lain adalah suatu kejayaan bagi Pakatan Rakyat Pahang.
Di Pahang tidak ada calon PAS berentap dengan KeADILan atau DAP berentap dengan KeADIlan secara rasmi yang ada hanya individu ahli PAS dan bertanding diatas nama Bebas diluar kawalan parti.
Tuan Ibrahim ketika berucap selepas pencalonan mengingatkan petugas parti supaya berkerja bersungguh –sungguh disamping mematuhi peraturan sedia ada dan yang paling penting ialah menjaga hubungan dengan Allah, tidak culas melakukan solat berjamaah.