Satu perutusan terbuka dari Leftenan Jeneral (B) Ghafir sedang rancak diedar kepada anggota-anggota tentera yang berkhidmat.
Penyelaras Pertubuhan Prihatin Bekas Anggota Keselamatan Malaysia (Pahlawan) Kapten (B) Zulkifli Osman berkata, perutusan tersebut menyeru anggota tentera termasuk Pegawai Tadbir dan Diplomatik yang bertugas di kem agar mengundi calon-calon Pakatan dalam pilihan raya umum akan datang.
“Jeneral Ghafir tulis perutusan terbuka ‘Salam Gagas Setia’ kepada setiap anggota. Perutusan itu sudah pun dihantar ke kem-kem dan setakat ini kita dimaklumkan penerimaan tentera amat baik.
“Kita harap undi tentera kepada Pakatan yang hanya 22 peratus pada 2008 akan meningkat. Ucapan khas Datuk Ghafir juga terdapat di youtube dan boleh dilayari oleh mana-mana anggota,” katanya.