Calon Parlimen Johor Bahru, Tan Sri Md Hashim Hussein menjelaskan, beliau tidak pernah melabelkan penjawat awam sebagai kera, kerana ia putar belit yang dilakukan media milik Umno-BN.
Kata Hashim, beliau memberi perumpamaan sekiranya haiwan peliharaan yang melakukan kerja dengan baik, namun tidak diberi perhatian oleh tuannya, pasti akan merasa marah, apatah lagi kepada manusia yang mempunyai perasaan.
“Saya dah sebut. Saya yang diibaratkan sebagai dalam jagaan kerajaan, berkhidnat sebagai tentera dalam tempoh lebih 38 tahun. Tapi tak diberi penjagaan.
“Saya tak kata penjawat awam itu kera. Ini terjadi kerana mereka spin (putar) kenyataan saya.
“Saya tak pernah mengutuk penjawat awam. Saya anggap mereka lakukan kerja yang baik,” katanya menjawab soalan pada sidang media sempena penyertaan Tan Seri Musa Hasan ke dalam Majlis Penasihat Keselamatan Pakatan Rakyat (MPKPR) hari ini.
“Saya tahu penjawat awam tak berpihak. Mereka jalankan tugas dengan penuh dedikasi dan kebijaksanaan dan dapat menyumbang kepada negara ini. Saya tidak ada masalah.
Beliau mengingatkan bahawa perjuangan termasuk untuk meningkatkan martabar rakyat Malaysia dan kakitangan kerajaan memerlukan pengorbanan.
“Bahkan, saya sendiri diminta meletakkan jawatan sebagai lembaga pengarah di beberapa syarikat berkaitan kerajaan (GLC).
“Saya lakukannya. Saya tak mahu bebankan mereka..sehingga mungkin mengakibatkan mendapat bayaran lewat dan sebagainya,” kata Hashim.
Malah kata Hashim, selepas penyertaannya ke dalam KEADILAN, kediamannya pernah diceroboh dan barangan peribadinya dibongkar, dipercayai untuk mendapatkan maklumat.
“Tapi, tak mengapa. Ini sebagai sebagai satu ujian dan cubaan. Orang yang buat macam itu kepada saya, ‘terima kasih’, sinis Hashim.