KUANTAN: Dun N 12 Beserah tetap akan kekal dibawah Pakatan Rakyat berdasarkan iklim politik semasa yang menunjukkan sokongan kepada calon PAS, Andasura Rabu begitu positif setiap kali beliau turun padang menemui pengundi.
Berbanding PRU ke12, sambutan penduduk Beserah terhadap Pakatan Rakyat lebih ketara dan mereka lebih berani untuk bersama PAS mungkin kerana sudah berpengalaman selama sepenggal dengan Syed Muhamad Tuan Lonik dahulu.
Kali ini PAS menampilkan Andansura Rabu 47, sebagai calon yang berkalibar dan pengerusi Lajnah Alam Sekitar Pahang Pahang.
Menurut Pengarah Majlis Tindakan Pilihan Raya Dun N12, Syed Zulkifli Syed Alwi, Andansura dipilih berdasarkan kepercayaan ahli PAS terhadap kebolehan, keupayaanya dan kemampuanya. Selain beliau mempunyai hubungan rapat dengan pelbagai kaum dan bergiat cergas dalam NGO stop lynnas.
“Saya percaya, Andansura adalah calon terbaik untuk penduduk Beserah yang mempunyai pengundi lebih tiga pulu ribu orang ini,” katanya.
Andansura yang berkelulusan Sarjana pentadbiran perniagaan dari Univesiti Utara Malaysia (UUM) dan Uitm (Sarjana Muda) pernah menjadi pengarah syarikat, pegawai perolehan dan sebagainya. Beliau juga menjadi pensyarah sambilan di UUM, UPM, Open Universiti dan Universiti Malaysia Pahang,
Beserah mempunyai pengundi Melayu kira-kira 73 peratus (23,174) Cina 24.39 peratus (7727) dan India 2.47 peratus (782).
Dalam Pru -12 lalu, Syed Muhamad menang dengan majoriti 1,541 undi mengalahkan calon BN Fisar Abdullah.
Menurut Syed Zulkifli pada tahun 2008, isu lynnas belum berbangkit dan pada waktu itu sokongan pengundi Cina tidak begitu ketara tetapi PAS mencatat sejarah apabila menang undi pos (tentera).
Dalam Pru 13 ini, sokongan pengundi Cina bertambah baik kerana mereka tidak bersetuju dengan langkah kerajaan membenarkan kilang Lynass beroperasi di Gebeng manakala undi tentera di jagka merosot teruk apabila ramai pegawai tentera bertukar sebaik sahaja BN kalah pada 2006 dahulu.
Bagi Andansura, beliau menawarkan diri untuk mewakili rakyat Beserah dengan moto Cakna, Amanah dan Bewibawa.
“Pakatan Rakyat Harapan Rakyat, Beserah Merintis Perubahan Pahang,” katanya.
Orang ramai berpendapat BN kurang aggerasif kali ini, aktiviti mereka banyak dilaksanakan olrh NGO malah presiden jati Hasan Ali turut datang ke Beserah untuk berkempen.
Namun, petugas Pakatan Rakyat mereka tidak risau dengan kedatangan Jati, ini kerana pengundi muda sekiitar 6000 orang lebih telah mengenali Jati melalui media baru, manakala pengundi tegar PAS dan KeADILan tidak akan berubah.