TEMERLOH: HalWa PAS Temerloh merayu wanita memberikan sokongan yang tidak berbelah bagi kepada Pakatan Rakyat pada PRU 13 nanti, bagi memberi laluan secara kondusif terhadap usaha memperkasa perjuangan hak dan suara wanita supaya lebih terarah dengan kerterampilan baru sesuai dengan kemajuan negara.
Ketuanya Mursyidah Mohd Amin berkata, perkembangan politik semasa memperlihatkan tokoh-tokoh utama wanita Umno telah diketepikan dan tidak dicalonkan bagi mengisi politik arus perdana menunjukkan peranan wanita Umno semakin dinafikan walau pun semua tahu dominanasi politik wanita Umno sebelum ini.
Lebih mendukacitakan, katanya apabila tokoh-tokoh yang tidak ialah tokoh-tokoh yang dilihat bersih, berintergriti yang punyai cukup wibawa dalam membawa suara wanita.
Menurut Mursyidah, walau pun berbeza politik, sebagai mewakili suara dan jentera pilihanraya muslimat PAS, kami merasa amat bersimpati terhadap Dato’ Kamilia Ibrahim yang juga Naib Ketua Pergerakan Wanita Umno Malaysia yang terpaksa mencari platform lain untuk bertanding sebagai calon bebas.
Beliau akhirnya dipecat oleh Umno secara hina. Ini bermakna sumbangannya selama ini tidak langsung dihargai.
HalWa Temerloh juga, kata Mursyidah bersimpati terhadap Dr Siti Hawa Abu Kassim yang tidak dicalonkan bagi kerusi Dun Kuala Semantan, walau pun ura-ura menyebutkan beliau adalah salah seorang caloh pilihanan.
Katanya, Dr Siti Hawa yang terkenal dengan keterampilan jitu atas peranannya sebagai pendidik sepatutnya menjadi calon pilihan utama. Apatah lagi jika dibandingkan dengan calon yang dikemukakan BN sekarang ini.
“Berbeza dengan PAS dan PR, suara muslimatnya bukan sahaja dihormati malah diberikan tempat serta peluang yang sewajarnya. Pimpinan muslimat PAS telah berjaya memainkan peranannya samaada sebagai seorang anggota Parlimen mahu pun dalam kegiatan kemasyarakatan dengan nilai intergriti cukup tinggi serta jauh dari skandal rasuah dan berkepentingan diri.
“Golongan wanita perlu sedar terhadap layanan dingin pemimpin Umno kepada wanitanya yang dilihat bersih berbanding tokoh yang bermasalah tetapi sentiasa disanjung dan mendapat tempat penting dalam parti dan kerajaan,” katanya.
Menurutnya, keadaan ini boleh dilihat pada era pertembungan Datuk Paduka Rafidah Aziz dan Datuk Dr Siti Zaharah Sulaiman dan yang terkini pertembungan antara Datuk Sharizat Jalil dan Datuk Kamilia Ibrahim sebelum dipecat.
“Oleh yang demikian kami merayu kepada pengundi wanita khususnya bagi pengundi wanita di Parlimen Temerloh agar bersama kami membuat perubahan kearah pembentukan minda untuk perubahan bagi mencapai kejayaan masa depan, maka bertindaklah mengundi PR pada 5 Mac nanti,” ujarnya.