TEMERLOH: Timbalan Presiden PAS, Haji Mohamad Sabu menyeru rakyat menolak BN-Umno dalam pilihan raya 5 Mei nanti bagi memberi laluan kepada Pakatan Rakyat mengambil alih Putrajaya.
Katanya maklumat terkini menunjukkan Pakatan Rakyat masih mendahului BN namun para petugas parti jangan leka kerana BN akan melakukan apa sahaja untuk terus berkuasa.
Mereka, BN belum bersedia untuk melepaskan kuasa yang mereka pegang selama 55 tahun dan mahu terus membolot kekayaan negara.
Menurutnya, apa yang berlaku didalam negara ini seperti pembunuhan Altantnya dimana rekod kedatanganya ke Malaysia dihapuskan, mayatnya di bom sehingga hancur, menunjukkan ada bukti yang ingin dihapuskan melalui jenayah.
“Bunuh dan letupkan Altantunya menunjukkan menunjukkan ada perkara yang infin di sembunyikan,” katanya.
Begitujuga dalam isu-isu lain yang melibat penyelewengan wang negara yang membawa kepada pembunuhan.
Beliau berucap pada majlis Hi Tea di Dun Kuala Semantan yang turut dihadiri oleh calon PAS Kuala Semantan, Syed Hamid Muhamad.
Sementara itu, calon Parlimen Temerloh Nasruddin Hasan berkata, BN mempunyai segala-galanya dari TV1,2,3,9 dan astro serta media cetak tetapi mereka seakan-akan belum cukup.
PAS, katanya mahukan kempen bersih dan enggan melayan provokasi.