Pru ke 13 sekali lagi menyaksikan Pakatan Rakyat Pahang gagal mengambil alih negeri daripada BN yang telah berkuasa selama lebih 55 tahun. Bagaimanapun Pakatan Rakyat berjaya menambah kekuatan dengan menang 12 kerusi Dun dan empat kerusi parlimen. keputusan yang lebih baik berbanding ‘Barisan Alternatif’ pada 2008.
Kali ini PAS dan DAP berjaya mencipta sejarah menang pertama kali kerusi parlimen P088 Temerloh (Ustaz Nasruddin Hassan Tontowi) dan P080 Raub (Dato’ Mohd Arif Sabri Abdul Aziz (Dap) manakala KeADILan mengekalkan dua kerusi parlimen yang dimenangi pada 2008 iaitu P083 Kuantan (Fauziah Salleh) dan P082 Indera Mahkota (Dato’ Fauzi Abdul Rahman).
Dengan Kemenangan di Temerloh dan Jerantut itu menjadikan Pakatan Rakyat Pahang kini mempunyai empat kerusi parlimen berbanding dua dalam Pru 12 lalu.
PAS turut menambah satu kerusi Dun iaitu N15 Tanjung Lumpur (ustaz Rosli Jabar) dan mengekalkan kerusi N32 Kuala Semantan (Syed Hamid Muhamad dan N12 Beserah ( Andasura Rabu) yang dimenangi pada Pru -12 lalu, Dalam Pru -13 ini PAS bertanding 21 kerusi Dun dan enam parlimen.
Rakan dalam Pakatan Rakyat, DAP pula menang kesemua tujuh kerusi yang ditandinginya iaitu N01 Tanah Rata (Leong Ngah Ngah), N07 Tras (Choong Siew Onn), N035 Sabai (Kamache a/p Adoray rajoo), N038 Triang (Leong Yu Man), N30 Mentakab (Tengku Zulfuri Shah Raja Fuji), N33 Bilut ( Chow Yu Hui) dan N034 Ketari (Lee hin Chen).
KeADILan pula menang di N 14 Teruntum (Sim Chong Siong) dan N 13 Semambu (Lee Chen Long.
Analisis mudah untuk memahami senario politk kekalahan PAS dalam Pru-13 ini adalah sama dan tidak jauh berbeza daripada Pru sebelumnya iaitu faktor sokongan pengundi Cina dan Melayu. PAS yang bertanding dikawasan tradisionalnya menentang BN-Umno.
Di kawasan yang mempunyai pengundi Melayu kurang 80 peratus dan Cina melebihi 15 peratus dan kurang 80 peratus pengundi Melayu membolehkan PAS menang.
Kawasan berkenaan juga tiada penempatan Felda dan Felcra serta lokasinya di pinggir bandar.
Pola penduduk di tiga kawasan yang di menangi PAS menunjukkan jumlah pengundi melayu kurang daripada 80 peratus, dan jumlah pengundi Cina melebihi 15 peratus.
Di Beserah (Melayu 73.39 peratus, Cina 23.70 peratus, Beserah adalah kawasan pinggir bandar. Disini tiada rancangan Felda, Begitu juga Tanjung Lumpur (Melayu 77.48 peratus, Cina 19.22 peratus, sama seperti Beserah terletak di pinggir bandar dan tiada penempatan Felda.
Kuala Semantan (Melayu 79.07peratus, Cina 16.34 peratus) di sini juga tidak mempunyai penempatan Felda. .
Kawasan-kawasan lain yang ditandingin PAS adalah kawasan Melayu yang mempunyai penempatan Felda dan Felcra serta jumlah pengundi Melayu melebihi 80 peratus.
Contohnya Jengka yang ditandingi oleh Pesuruhjaya Tuan Ibrahim Tuan Man, PAS dianggap kuat disitu serta mempunyai tokoh yang hebat namun gagal memenangkanya. antara puncanya ialah masyarakat Felda/Melayu sukar untuk berubah berikutan kekangan Felda terhadap mereka serta strategi pemberian wang tunai ‘Dunian Runtuh’ dan Brim serta lain-lain wang daripada agensi berkaitan Industri kelapa sawit dan getah.
Jengka dengan jumlah Melayu 98.28 peratus, Cina 0.15 dan India 1.52 peratus menjadikan ia kawasan yang sukar bagi PAS untuk menang selagi minda dan pemikiran peneroka tidak berubah.
Hanya dengan janji dan tawaran untuk membina rumah bagi generasi kedua dan ketiga pengundi pro BN dan atas pagar tetap mengundi BN wal hal belum ada generasi kedua memperolehi rumah yang dijanjikan. Rumah-rumah yang siap dibina pun belum diisi atau diserahkan kepada pemiliknya.
PAS sememangnya kuat di Jengka namun kekuatan itu jika dibantu oleh penyokong Umno dan atas pagar, akan membolehkan PAS akan menang disitu.
Satu kawasan Dun yang ingin penulis ulas ialah Dun Damak, BN (Lau Lee) menang disitu dengan majoriti 64 undi mengalahkan Bebas (Dap) Koh Boon Heng 7841, Mohd Noor Jaafar 174, Jamaluddin Abdul Rahim (keADILan) 2435.
Pola pengundi disitu ialah 56.64 Melayu, Cina 34.33, India 5.8 peratus.
Damak adalah milik Pakatan Rakyat andainya Keadilan dan DAP tidak berebut kerusi ini. Perebutan sebeginilah yang menghancurkan kerjasama dalam Pakatan dan ia harus di hindarkan jika Pakatan Rakyat ingin menang.
Andainya undi yang diterima bebas-DAP dan KeADIlan dicampur maka jumlah majoritinya ialah 10,276 undi mengatasi jumlah undi BN 7905. BN menang di kerusi Damak dengan majoriti hanya 64 undi.
Menugulas isu PRU-13, bekas setiausaha penerangan PAS Pahang, Hahim Abdullah berkata, PAS perlu mengkaji strategi untuk memenangi hati pengundi Melayu /Islam kerana PAS berdepan di kawasan majoriti Melayu.
Beliau yang kini menjadi Pakar Strategi Dun Kuala Semantan berkata di Kuala Semantan pihaknya menumpukan usaha mengausai massa di semua peti undi dan hasilnya PAS menang di semua 13 peti undi majoriti Melayu dalam Dun Kuala Semantan kecuali dua iaitu di Buntot Pulau dan Pangsenam.
BN menang di situ dengan majoriti kecil sahaja.
Beliau berkata, Jabatan Pilihan Raya perlu menyediakan plan jangka panjang untuk menarik sokongan Orang Melayu/Islam.