Presiden PAS Dato Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang telah mengumumkan pendirian PAS untuk calon Menteri Besar Selangor selepas PRU 13 adalah Tan Sri Khalid Ibrahim. Beliau turut mengumumkan bahawa PAS telah menghantar surat rasmi memaklum hal ini ke bawah Tuanku Sultan Selangor.
Walaupun pelbagai spekulasi timbul dari pihak-pihak yang mahukan berlaku pergolakkan dalam Pakatan Rakyat tentang pelantikan Menteri Besar seterusnya di Selangor ekoran kejayaan dan kemenangan PR di Selangor untuk penggal PRU 13 ini.
Walaupun PAS mendapat 15 kerusi DUN bersama DAP dan KeADILan pula 14 kerusi namun PAS seperti DAP tetap mencalonkan ADUN dari KeADILan dilantik menjadi Menteri Besar.
Adapun suara-suara kaki lima dan ahli-ahli PAS yang telah dipecat dari PAS di Selangor seolah dilaporkan mencadangkan nama ADUN PAS untuk mengisi jawatan tersebut namun Presiden berkata jangan dilayan mereka semua itu kerana mereka tiada kena mengena dengan PAS pada masa ini.
Pengumuman rasmi itu dilakukan oleh Presiden PAS di Himpunan Rakyat Terengganu di Masjid Rusila, Marang, Terengganu malam tadi yang dihadiri hampir lebi 20 ribu rakyat Terengganu.