Balu kepada mendiang N. Dharmendran, tahanan yang mati ketika berada dalam lokap polis, melahirkan rasa kesal kerana belum ada sebarang tindakan tegas dikenakan terhadap anggota polis yang disyaki terlibat dalam kes pembunuhan suaminya.
Empat anggota polis , termasuk seorang pegawai, yang dikaitkan dengan kes pembunuhan itu hanya diambil tindakan tatatertib dengan ditugaskan di unit kerja pejabat di ibu Pejabat Kontinjen Kuala Lumpur (IPKKL) buat sementara waktu.
“Sekiranya orang awam yang membunuh seseorang, apakah mereka akan dibiarkan bebas”
“Mereka telah membunuh suami saya. Mereka sepatutnya berada dalam lokap,” , Kata S Marry.
Mendiang Dharmendran dilaporkan ditahan polis selepas membuat laporan susulan satu pergaduhan yang melibatkan dirinya pada 11 Mei yang lepas.
Penahanan Dharmendran hanya diketahui oleh Isteri dan ibu bapanya pada pada 19 Mei lalu, pada 21 mei mangsa sepatutnya dibebaskan dengan ikat jamin, namun Marry menerima panggilan yang menyatakan bahawa Dharmendran telah pun meninggal dunia.
Terdahulu, Ketua CID Kuala Lumpur Datuk Ku Chin Wah dilaporkan berkata mangsa yang berumur 31 tahun itu mati akibat kesukaran bernafas.
Namun Polis kemudiannya mengkategorikan kes tersebut sebagai kes bunuh apabila perunding patologi daripada Hospital Kuala Lumpur mengesahkan bahawa Dharmendran meninggal dunia ekoran “kegagalan fungsi tisu lembut akibat kecederaan pukulan ke badan”.
Polis kemudiannya telah mengklasifikasikan kematian Dharmendran sebagai kes bunuh di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman gantung sampai mati jika sabit kesalahan.