Komen pembaca
Pemimpin dan pimpinan Pakatan Rakyat tidak serius untuk memperbanyakkan media persuratkhabaran walaupun ada banyak usaha dan pandangan telah diberikan kepada mereka semua untuk mempertimbangkan beberapa pilihan bagi menerbitkan surat khabar untuk tujuan menjawab isu-isu yang ditimbulkan oleh akhbar arus perdana milik Bn-Umno.
Alasan tiada kelulusan KDN amatlah dangkal dan remeh sekali. Hanya dengan keberanian beberapa kerat pimpinan PKR maka mereka meneruskan juga penerbitan akhbar mingguan Suara Keadilan versi tanpa permit dan sedang berada dalam pasaran. Semua pihak dalam Pakatan Rakyat mengakui tidak cukup hanya bergantung melalui media alternatif dalam internet samada website atau blog bahkan memerlukan penerbitan akhbar secara berkala bagi pihak PR.
Samada Anwar tidak konsisten atau Khalid Ibrahim enggan berkompromi atau kedekut untuk membelanjakan dana bagi menyokong media baru yang dicadangkan untuk diterbitkan secara sah di pasaran terbuka terpulanglah mereka mennafikannya.
Umum tahu krisis dalam PKR kalau tidak parahpun sedang merebak antara mereka dan semuanya menunding jari kepada cara Anwar mentadbir parti. Kegelisahan aktivis amat terasa apabila berpeluang meluahkan rasa samada pemimpin kecil atau besar. Cara kongkongan Anwar jelas membelit aktivis untuk mendapatkan sokongan dana bagi mengembangkan mesej perjuangan samada PAS DAP atau PKR.
Apa yang bergolak antara calon-calon yang menang dalam pemilihan PKR baru-baru ini belum reda sepenuhnya sehingga banyak pihak tawar untuk meneruskan sumbangan kepada parti dalam semua bentuk samada material atau tenaga.
Begitu juga para Exco Kerajaan di Selangor apabila diajukan permohonan untuk bekerjasama menubuhkan media baru dan membuat pelaburan jangka panjang dengan membelanjakan sedikit wang untuk media yang mempunyai lesen atau permit mereka menyambutnya dengan acuh tak acuh sahaja bahkan bila berjumpa mereka hanya mengiyakan dengan makna ‘ya’ tidak bertitik.
Usah bercakap berdegar-degar dan teori itu dan ini jika dalam PRU 13 Pakatan Rakyat terpaksa hilang Selangor, Kedah dan mungkin juga Pulau Pinang kerana layanan mereka kepada media alternatif amat buruk sekali.
Kepada ‘Ketua’ Pakatan Rakyat iaitu Sdr Anwar Ibrahim, jangan kamu jadikan PR macam Umno kedua dan kamu juga hendaklah serik semasa bersama Umno dengan sessungguhnya bukan main retorik sahaja. Jika tidak semua usaha baik PR akan berkubur bersama kamu dan juga pimpinan yang lain.
Untuk PAS mereka tidak ralat atau hairan jika kalah di tempat lain melainkan Kelantan kerana mereka amat berpengalaman menghadapi musuh dalam luar tetapi tidak pada bekas-bekas Umno, bekas MIC dan bekas MCA dan ABIM dalam PKR yang belum teruji sepenuhnya dan hanya mengharapkan populariti Anwar sahaja.
Awas, Bn dan Umno amat berpengalaman dan boleh membaca gerak geri Anwar bersama rakan-rakan untuk mereka membalas balik segala kelicikan politik semua pihak.
Dan adakah benar sekarang ini sokongan Melayu kembali stabil kepada Umno dan BN dan sokongan India amat merosot sekali kepada Pakatan Rakyat dan begitu juga orang Cina masih berkira-kira samada ingin meneruskan sokongan kepada PR atau kembali kepada BN ?
Oleh itu demi survival Islam dan bangsa Melayu PAS wajar berfikir dan bermuhasabah adakah dengan berunding dengan Umno berkali-kali akan membuahkan kebaikan dan jangan melayan puak-puak pro Anwar dalam menerima jemputan Umno untuk insaf dan sedar bagi mengembalikan Islam dan Melayu di tanah air tercinta ini, bolehkah begitu ?
Sendiri mau ingat dan ingat-ingatlah RODA KEHIDUPAN kejap di atas kejap di bawah.
– Sebarang sumbangan berita / kenyataan media / artikel / komen atau pun maklumat boleh dihantar ke: webpakatan@gmail.com.