Pejabat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) N.02 Sabak yang terletak di Balai Rakyat Taman Berjaya (belakang Maybank Pekan Sabak) bakal operasi seawal bulan Julai ini.
Exco Hal Ehwal Islam, Permodenan Pertanian, Pembangunan Desa , Sallehen Mukhyi berkata insya-Allah Pejabat ADUN akan beroperasi setelah kerja-kerja pembaikan selesai.
Menurut Sallehen, terdahulu pejabat tersebut adalah Balai Rakyat Taman Berjaya yang telah di uruskan oleh Majlis Daerah Sabak Bernam (MDSB). Kunci Penyerahan Balai Rakyat telah buat oleh Setiausaha MDSB, Awaluddin Bin Zakaria kepada saya.
Tambah beliau, saya merakamkan terima kasih kepada pihak pengurusan MDSB yang telah memberi kerjasama kepada saya dengan menyerahkan Balai Rakyat untuk di jadikan pejabat ADUN. Insya-Allah pejabat ini akan digunakan sebaiknya untuk memberi khidmat yang terbaik kepada masyarakat tanpa kira parti dan perkauman.
Sehubungan itu, saya mengalukan semua rakyat di DUN ini untuk berurusan dengan pejabat saya yang beroperasi waktu pejabat lima hari bekerja.
Sebaraang Aduan Rakyat, Permohonan Bantuan Kerajaan Negeri , mereka boleh berhubung dengan pengurus saya Firdaus Ahmad, kata Sallehen kepada pemberita di Balai Rakyat disini.
Hadir sama Tuan Haji Nordin , Ahli Majlis dan Mohamad Yunos, Ketua Kampung Batu 40.