” Bercakap pasal Harakah, saya rasa dan muak dan nak muntah. Banyak kali disebut tetapi itu yang akan berlaku. Ini kerana Harakah masih dipegang oleh Dato’ Mustaffa Ali.
Kalau dikumpul semua tulisan-tulisan mengkritik pengurusan Harakah, saya rasa sudah mampu untuk dibuat novel yang mengandungi beberapa siri.
Muktamar PAS kali ini harus mengambil perjalanan tentang Harakah. Pengerusi dan Pengarah Urusan Harakah harus dikeluarkan kerana sangat tidak produktif. Semenjak Harakah ditubuhkan dan ada Lembaga Pengarah daripada tahun 1987 sehingga sekarang Dato’ Mustaffa Alilah satu-satunya pengerusi Harakah.
Seolah-olah dalam PAS tak ada orang lain yang berkelayakan untuk mengurus Harakah.
Semalam saya baca tulisan Libang Labu berkenaan “Harakah Dah Kontang Idea”. Saya sangat bersetuju dengan apa yang ditulis oleh Libang Labu. Harakahdaily dikendalikan oleh Zulkifli Sulong.
Harakahdaily sekarang bukan lagi bersifat seperti akhbar tetapi lebih seperti blog. Hendak dikatakan blog pun susah juga kerana kebanyakkannya tulisan daripada blog lain yang ditambah suai sahaja. Ini tak lain kerana mengejar rangking alexa.
Setiap minggu diadakan hadiah kepada penulis yang mendapat rangking tinggi.
Amat memalukan penulis harakahdaily yang mendapat hadiah itu adalah bukan artikelnya sendiri tetapi artikel daripada blog-blog yang disalin berita sensasinya.
Maka berlumba-lumbalah mereka menyalin berita-berita sensasi daripada blog dan laman lain.
Apa yang ditegur oleh Liang Labu sebenar adalah berpunca daripada sifat berebut rangking tanpa rasa malu sebagai akhbar utama parti. Jangan hairan berita dalam kain menjadi berita harakah seperti apa yang dibicarakan oleh Liang Labu.
Saya amat mengharap Muktamar PAS kali ini ada satu pembentangan Khas berhubung Harakah secara lisan atau bertulis. Perwakilan juga harus mendesak agar Harakah perlu dikendalikan seseorang yang lebih telus.
Blog Polis Pencen