Sekretariat Blackout 505 menamakan himpunan pada 22 Jun sebagai ‘Padang Merbok 622’. Semua sebaran mengenai himpunan itu wajar menggunakan tag tersebut.
Lokasi berkumpul yang ditetapkan sebanyak 8 tempat dan pada setiap tempat akan diketuai pemimpin yang terdiri daripada ahli politik dan pemimpin NGO yang akan dinamakan kemudian. Peserta himpunan boleh tiba di check points berkenaan seawal pukul 12 tengah hari. Lapan lokasi tersebut ialah:
1. Brickfields Perserta dari Kelang, P Jaya dll
2. Masjid Negara Peserta dari Utara (menaiki keretapi)
3. Pejabat Agung PAS, Jln Raja Laut Warga Kuala Lumpur
4. Jalan Pudu / Jalan Sultan Peserta dari Selatan (menaiki bas)
5. Universiti Malaya Peserta mahasiswa
6. Sogo Warga Kuala Lumpur
7. Pekeliling Peserta dari Timur
Kesemua peserta akan mula berarak pada pukul 2 petang menuju ke Padang Merbok melalui kawasan tengah Kuala Lumpur.
Pihak pengajur Blackout 505 juga akan menyediakan pasukan petugas perubatan bagi merawat peserta yang mengalami sebarang kecelakaan pada hari perhimpunan
Penganjur juga bekerjasama dengan Bar Council, Lawyer for Liberty dan lain-lain bagi memberi bantuan nasihat perundangan sekiranya pihak polis membuat tangkapan peserta perhimpunan.
Perserta dinasihati mengikut dengan jelas setiap arahan dan panduan daripada marsyal yang disediakan pihak penganjur. Sama ada Unit Amal PAS, anggota AMK dan sebagainya.