“Bayangkan tanpa agama, tanpa pemerkasaan iman, mereka akan mudah terjebak dengan rasuah, salahguna kuasa dan sebagainya,”ujar Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Malaysia Ustaz Riduan Mohamad Nor.
Beliau berkata demikian ketika mengulas satu laporan menyebut kira-kira 40 peratus pelatih-pelatih PDRM tidak tahu mandi junub.
Laporan dalam sebuah akhbar harian tempatan itu juga mendedahkan kira-kira 40 hingga 50 peratus diantara mereka tidak lancar mengucap syahadah dan juga bermasalah dalam solat.
Laporan tersebut didedahkan oleh Datuk A Kadir Jasin ketika beliau menjadi ahli panel dalam Suruhanjaya Khas Penambahbaikan Perjalanan Dan Pengurusan Polis DiRaja Malaysia.
Menurut Ustaz Riduan, perkara ini perlu dipandang serius oleh kerajaan kerana bagi beliau ini adalah bukti sistem pendidikan negara telah gagal terutamanya berkaitan pendidikan agama.
Tambah beliau, melalui Unit Agama PDRM itu, anggota-anggota dicadangkan supaya mengikuti kelas-kelas agama secara jam kredit contohnya selama empat jam seminggu bagi memastikan kefahaman mereka dalam ilmu agama.
Ustaz Riduan berkata demikian ketika ditemui pada majlis kenduri kesyukuran meraikan petugas-petugas PRK Kuala Besut di Markas PAS Kampung Baru Kuala Besut .
Sebanyak tiga ekor lembu dikorbankan bagi majlis ini dan dihadiri oleh sebahagian besar AJK Badan Pehubungan PAS Negeri Terengganu selain dari petugas-petugas dan juga penyokong-penyokong PAS.