Batu Caves : Seramai 100 orang waris Skim Mesra Usia Emas (SMUE) telah menerima manfaat skim tersebut yang dianjurkan oleh kerajaan negeri bagi sesi penggal kedua Pakatan Rakyat (PR) memerintah negeri Selangor.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Caves, Amiruddin Shari dalam ucapannya berkata, alhamdulilah setelah PR memperolehi kemenangan dalam PRU13 lalu Program Merakyat Ekonomi Selangor (MES) akan di teruskan bagi tujuan membantu rakyat selangor tanpa kira agama, bangsa dan parti.
Mereka akan mendapat berbagai intensif yang dianjurkan oleh kerajaan negeri seperti Perkahwinan, Mimbar, Tabung Warisan Anak Selangor (TAWAS), SMUE dan banyak lagi.
SMUE bukan dilaksanakan pada tahun ini tetapi semenjak 2008 lagi dan majoriti ribuan rakyat selangor telah mendapat manfaat skim tersebut. Wang sebanyak RM2500 diberi kepada waris untuk urusan pengebumian, upah mandi jenazah, membeli batu nisan dan kenduri .
Menurut Amiruddin, bantuan pada fasa pertama diberi RM1000 kepada waris apabila berlakunya kematian dan fasa kedua RM1500 akan diberi dalam tempoh 60 hari dimana akan diadakan satu majlis yang akan dianjurkan oleh ADUN dengan kerjasama Pejabat Daerah, Rantaian Mesra Sdn Bhd untuk menyerahkan wang tersebut kepada semua waris.
Kerajaan negeri akan meneruskan agenda Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES) setelah 70 hari negeri Selangor memerintah. Ini bagi menunaikan janji-janji yang terkandung dalam manifesto pilihanraya untuk dikongsi bersama rakyat Selangor.
Beliau menjelaskan lagi, ramai rakyat Selangor telah mengetahui skim SMUE dan mereka tidak lepas merebut peluang untuk mendaftarkan diri untuk ahli keluarga terutama untuk ayah dan ibu mereka yang berusia 60 tahun keatas.
MES diteruskan untuk memastikan semua rakyat Selangor tanpa kira agama, bangsa dan parti merasai kemajuan yang dibawa oleh pimpinanan PR. Walaupun seluruh negeri kini rasa tertekan dengan kenaikan harga barang yang dilakukan oleh kerajaan Pusat namun bagi kerajaan negeri akan cuba sedaya upaya meringankan beban rakyat.
Kemajuan yang dibawa kerajaan negeri adalah dengan mendapat kerjasama semua rakyat selangor, badan-badan sektor swasta seperti Jabatan Kerjaraya (JKR), Majlis Perbandaran Selayang (MPS) dan sebagainya, katanya dalam Majlis Penyampaian SMUE fasa kedua di Perkarangan Dewan JKKK Kg Melayu disini baru-baru ini.
“Dinegeri Selangor sangat berbeza kemajuannya kerana dinegeri Selangor rakyatnya telah mendapat air percuma, bantuan pendidikan, anak yang baru lahir akan mendapat sumbangan RM100 sehingga anak tersebut masuk Universiti. Hal ini tidak berlaku di negeri lain rakyat mereka tidak mendapat air percuma, bantuan ibu tunggal, bantuan warga emas, bantuan pendidikan dan sebagainya.
Justeru sewajarnya rakyat dinegeri Selangor harus memberi kepercayaan dengan kepimpinan yang dibawa oleh Kerajaan PR sekarang. Mereka tidak perlu memilih kerajaan yang membebankan rakyat.
Jika semasa pilihanraya kata tidak akan naik harga barang, akan utama rakyat tetapi setelah pilihanraya berbagai tekanan rakyat hadapi. Kenaikan harga barang ekoran dengan kenaikan minyak petrol. Perkara ini benar-benar membuat rakyat kecewa”, kata Amiruddin.
Sementara itu, Harijender kaur yang kehilangn suami dua bulan lalu akibat kemalangan jalanraya rasa terharu dengan keperihatinan kerajaan negeri Selangor.
Katanya, “Suami saya mengalamai sakit buah pinggang dan tidak boleh bekerja. Ekoran daripada itu ADUN Batu Caves banyak membantu saya sekeluarga memandangkan anak-anak masih kecil.
“Selain menerima bantuan SMUE, saya juga menerima bantuan Jom Shopping daripada ADUN. Beliau juga telah membuat surat sokongan kepada Jabatan Kemasyarakatan Masyarakat (JKM) untuk saya dan anak-anak menerima bantuan kewangan memandangkan saya tidak boleh bekerja kerana sakit.
Selepas PR mengambil alih semua rakyat Selangor telah mendapat bantuan. Sebelum ini saya tidak tahu bantuan-bantuan yang diberikan oleh kerajaan terdahulu tetapi apabila PR memerintah berbagai informasi telah saya tahu dan saya tidak lepas mengikuti kemajuan yang dibawa negeri Selangor. Hanya pemimpin yang adil dapat membantu rakyat, ujar Harijender ketika ditemubual oleh wartawan.
Pancaragam, “Dengan kemajuan dibawa oleh pimpinan PR sepanjang memerintah anak saya dua orang telah menerima bantuan pendidikan sebanyak RM1000 seorang. Ayah saya yang baru meninggal juga telah menerima bantuan SMUE. Saya rasa bantuan yang dilakukan oleh PR dengan membantu rakyat benar-benar meringankan beban rakyat yang susah dan sewajarnya program MES perlu diteruskan. Kerajaan Pusat harus belajar mengurus ekonomi dan pentadbiran dengan kerajaan negeri Selangor”, ujarnya.
Hadir sama Hassan Nordin, Ketua Penolog Pegawai Daerah Gombak, Halim Md Nor, Pengerusi JKKK Kg Melayu Selatan, Pegawai-Pegawai Pejabat Tanah,