DUNGUN – Ahli Dewa Udangan Negeri (ADUN) Sura Cikgu Wan Hapandi Wan Nik sama naik dengan ‘pendahaulunya’ mantan ADUN Sura Ustaz Wan hassan Mohd Ramli dalam memberikan khidmat dan kebajikan kepada penduduk Dungun.
Sempena festival Zhong Qiu yang jatuh pada 19 September lalu, Ahli Dewan Undagan (ADUN) Sura Y.B. Wan Hapandi Wan Nik telah berkunjung ke rumah-rumah warga Tionghua untuk mengagihkan kueh bulan.
Lawatan tersebut diadakan sekitar kampung Bunga Raya dan Jalan Kenanga, Sura Jeti pada Sabtu 21 September, bersama Dewan Himpunan Penyokong PAS Kawasan Dungun (DHPP).
Cikgu Wan Hapandi berserta rombongan turut dipelawa masuk ke dalam rumah oleh isteri seorang pesakit ‘stroke’ semasa agihan kue bulan dilakukan. Menurut isteri pesakit berkenaan, suaminya telah terlantar sejak 8 tahun lalu.
Sebelum ini, dicalonkan sebagai Adun Sura, Cikgu Wan Hapandi pernah mengiringi, Ustaz Wan Hassan yang kini Ahli Parlimen Dungun menziarahi warga tioghua itu dan difahamkan, Ustaz Wan Hassan perah beberapa kali membawa lampin pakai buang untuk kegunaan beliau.
Rombongan Adun Sura turut disertai oleh isteri beliau, Hajah Roslina Harun, Pegawai Khas kepada Ahli Parlimen Dungun, Hj Mohd Amin Hamid dan Bendahari Jawatankuasa Khas Parlimen Dungun, Haji Embong Abdullah, Ketua DHPP Kawasan Dungun, Serena Lim Abdullah dan beberapa orang Ahli Jawatankuasanya serta Ketua Muslimat DUN Sura, Hajah Rokiah Yusof dan beberapa orang ahi jawatakuasanya, diringi sama oleh wakil PAS Cawangan Bunga Raya dan Sura Utara.
Pada masa yang sama, Ustaz Wan Hassan mengdakan program ziarah yang dianjurkan oleh Lajnah Kebajikan Majlis Tindakan DUN Bukit Besi dan Pemuda DUN Bukit Besi dikampung Lentang dan Kampung Talong.
Di kampung Lentang, beliau diiringi oleh ahli-ahli Jawatankuasa Lajnah terbabit menziarahi seorang warga emas wanita berusia 80-an, yang mengalami sakit tua dan terlantar hampir 2 tahun.
Di Kampung Talong, beliau yag juga Yang diPertua PAS Kawasan Dungun telah menziarahi satu keluarga yang terlibat dengan tragedi kemalangan jalan raya kira-kira dua tahun yang lalu.