Kira-kira 1.4 juta pekerja Bangladesh akan ke Malaysia bakal menjadi punca kesesakan di kawasan perumahan kos rendah dan sederhana, kata ahli parlimen Bayan Baru, Sim Tze Tzin.
“Apakah dasar kerajaan tentang isu perumahan pekerja asing?
“Bagaimamakah cara untuk menyelesaikan masalah pekerja asing yang membanjiri kawasan perumahan kos rendah, rumah pangsa dan taman perumahan?” kata Sim dalam soalan lisan kepada Menteri Sumber Manusia.
Justeru, beliau menuntut penjelasan Kementerian Sumber Manusia yang berperanan mengawal dan menyelia sektor industri pembuatan dan perkhidmatan yang bergantung kepada tenaga buruh ini.
“Pekerja asing dibenarkan masuk. Ini akan menimbulkan masalah kerana pekerja asing ini akan kawasan rumah kos rendah rumah pangsa dan taman perumahan.
“Ia tak boleh dibiarkan. Kerana rakyat yang terpaksa tanggung (risiko),” katanya
Sim turut merujuk masalah sama di kawasannya di Bayan Baru, Pulau Pinang apabila terdapat aduan yang mana kawasan perumahan dimonopoli oleh pekerja asing.
“Malah ada rumah banglo yang disewa oleh pekerja beramai-ramai sehingga 80 orang!, kata Sim.
Beliau menggesa satu jawatankuasa bertindak terdiri daripada Kementerian Sumber Manusia, Kementerian Dalam Negeri dan Jabatan Imigresen untuk meninjau permasalahan perumahan pekerja asing selain menyelesaikan kebimbangan penduduk tempatan.
Menurut Kementerian Sumber Manusia, jumlah pekerja asing berdaftar di negara ini berjumlah 2.1 juta orang.